Isu TH: Pemuda UMNO Sekali Lagi Desak Tubuh RCI, PAC Perlu Buka Siasatan

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Pemuda UMNO hari ini sekali lagi mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara telus, bebas dan tanpa pengaruh politik akan keseluruhan dakwaan penyelewengan salah laku yang berlaku di dalam Tabung Haji (TH). Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada masa yang sama pihaknya juga meminta agar Jawatankusa Kira-Kira Wang Negara (PAC) […]

» Read more

UMNO Konsisten Sokong Perjuangan Sah Rakyat Palestin, Kerajaan Perlu Nyatakan Pendirian Plan ‘Trump’

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Kerajaan Malaysia harus segera menolak, mengutuk dan menentang Plan ‘Trump’ dan menyatakan pendirian tegas rakyat negara ini terhadap kepentingan dan perjuangan sah rakyat Palestin, gesa Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, UMNO kekal konsisten dengan pendirian tegasnya bahawa tidak boleh ada sebarang timbal balik dalam apa jua bentuk […]

» Read more

Dap Berkuasa Untuk Kepentingan Mereka Semata-mata, Berpuluh Janji Dimungkiri

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Dap yang selama ini kemaruk mahu menjadi kerajaan bukanlah untuk membela rakyat tetapi semata-mata demi kepentingan tertentu parti itu. Dalam satu lontaran di Facebook, dengan sinis Hishammuddin memuji tindakan Dap tersebut agar rakyat makin kenal wajah sebenar Dap. “Dap nak keluar PH (Pakatan Harapan) ke, Nga Kor […]

» Read more

Isu TH: Kenapa Mujahid Menyepi… – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sehingga hari ini menyepikan diri selain hanya menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkaitan isu Tabung Haji (TH) . Terdahulu Dr Asyraf Wajdi telah memohon penjelasan Mujahid berkaitan pelbagai isu TH termasuklah […]

» Read more

Berita Palsu Koronavirus Isu Kecil, Kenapa Menteri Pelancongan Tidak Ditahan?

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menimbulkan persoalan mengapa Menteri Pelancongan Datuk Mohamaddin Ketapi tidak ditahan pihak berkuasa kerana menyebarkan berita palsu. Ini kerana katanya, rentetan kes seorang individu telah ditahan oleh pihak polis manakala tiga lagi sedang diburu kerana menyebar berita palsu mengenai koronavirus. “Tetapi bukankah Menteri Pelancongan Mohamaddin Ketapi […]

» Read more

Dap Desak Iktiraf UEC: Budaya Samseng, Ugut ‘Indirect Signal’ Untuk Tun M

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Mohd Hariri Mohamed Noor berkata pengumuman Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ngar Kor Ming yang juga timbalan setiausaha agung Dap adalah sesuatu yang mencerminkan budaya samseng parti itu dalam mengugut tanpa menunggu suara majoriti. Katanya, ianya adalah satu gerakan ‘indirect signal’ undi tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad […]

» Read more

Penutupan MAPS: Dr Zambry Sangkal Tuduhan, Sedia Ambil Tindakan Undang-undang

IPOH, 30 Jan – Sebaik sahaja penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), wujud cubaan pihak tertentu yang melemparkan fitnah kononnya berlaku skandal ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, ujar bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu, tidak cukup membina persepsi jahat dengan mencipta istilah ‘Mini 1MDB’, pihak berkenaan melemparkan tuduhan […]

» Read more

Pengurusan TH Jangan Terlalu Ghairah, Formula Baru Subsidi Timbulkan Kerisauan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melihat perkhabaran terkini mengenai tindakan Tabung Haji (TH) untuk mencari formula baru dalam mengurus ‘subsidi’ mengerjakan haji mendatangkan kerisauan kepada banyak pihak; terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Katanya, TH jangan terlalu ghairah dengan usaha mengecilkan jurang defisit aset dan liabiliti, memungut […]

» Read more

Koronavirus Perkara Kritikal, PH ‘Slow’… Jangan Ambil Ringan – Isham

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil melihat tindakan pemimpin-pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri dalam menangani kes koronavirus dianggap ‘slow’ dan seolah-olah mengambil ringan serta meremehkan perkara ini. Tegasnya, ini tidak sepatutnya apabila Kerajaan Malaysia beri alasan tidak cukup ‘thermal scanner’ untuk kesan simptom di lapangan terbang dan kerajaan baru ingin cari peruntukan untuk beli ‘scanner’ tambahan […]

» Read more

Koronavirus: Kerajaan Perlu Serius Jaga Nyawa Rakyat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) benar-benar serius menjaga nyawa rakyat dan tidak hanya melihat kepada pendapatan dari industri pelancongan. Katanya, walaupun akhirnya kerajaan akur dengan tekanan rakyat yang mahukan menyekat pelancong dari China memasuki Malaysia apabila membuat keputusan untuk sekat pelancong dari Wuhan dan Hubei memasuki negara […]

» Read more
1 1,925 1,926 1,927 1,928 1,929 2,255