Persidangan Cawangan UMNO 15 Feb – 19 April, Bahagian 1 Jun – 20 Julai & Perhimpunan Agung UMNO 26 – 31 Okt

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan bermula pada 15 Februari sehingga 19 April sementara di peringkat Bahagianakan berlangsung pada 1 Jun hingga 20 Julai ini, kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa melalui satu kenyataan media. Selain itu, Konvensyen UMNO negeri-negeri ditetapkan pada 1 Ogos hingga 15 September ini […]

» Read more

UMNO Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama PAS

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk menerus dan memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan media berkata, Majlis Kerja Tertinggi telah berbincang secara panjang lebar berkenaan hala tuju dan pendekatan Muafakat Nasional dalam senario politik yang […]

» Read more

Demonstrasi Aman Bantah ‘Deal Of The Century’ Yang Dianggap Perjanjian Sampah

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Demonstrasi Aman membantah ‘Deal Of The Century’ yang disertai Pemuda UMNO Malaysia dan Dewan Pemuda PAS serta turut disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berjalan lancar dan penuh teratur. Bantahan yang bermula selepas solat Jumaat diiringi dengan laungan ‘Free Palestin’ selain beberapa sepanduk dan plakad yang menyatakan bantahan keras terhadap ‘Deal Of The Century’. […]

» Read more

PH Buat Rakyat Berada Dalam ‘Panic Room’ – Fathul Bari

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jaya berkata, selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) yang lalu, BN dikecam dengan begitu hebat sekali namun akhirnya hanya dalam tempoh tidak sampai setahun, rakyat mampu menilai apa realiti yang berlaku. Jelas beliau, rakyat mula sedar bahawa […]

» Read more

PH Tidak Boleh Harap, Tiada Kredibiliti Kemudi Negara

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Khaidhirah Abu Zahar berkata kerosakan yang dilakukan oleh kumpulan pemimpin yang tidak ada pengalaman mentadbir dari Pakatan Harapan (PH) menyebabkan negara mundur terkebelakang berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia, termasuk episod-episod memalukan yang kerap menghuni negara akibat menteri yang tidak punyai kredibiliti untuk mentadbir. Secara jelas tegasnya lagi, kerajaan […]

» Read more

Perkukuh Kekuatan UMNO… Jangan Berikan Dap Peluru Lagi – Armand

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengingatkan bahawa konflik yang berpanjangan akan menyebabkan penyokong Dap merasa gembira jika perpecahan dan perpaduan bumiputera Melayu Islam tergadai. Katanya, janganlah menambahkan lagi kekusutan kepada seluruh ahli UMNO yang semangatnya sedang membangun kerana kekuatan UMNO itu dari akar umbi. “Saya mohon jangan berikan puak […]

» Read more

Apa Ini LGE… Bursa Malaysia Naik Cuma 0.06% Disebut Tinggi?

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Rejim Dap berikutan laporan media berkaitan ulasan pasaran yang mendakwa Bursa Malaysia kembali meningkat dan ditutup lebih tinggi. Soal beliau naik cuma 0.06 peratus kepada 1536.79 disebut ditutup tinggi? “Masa Era Barisan Nasional (BN) April 2018, indeks saham […]

» Read more

UMNO Perlu Selidik Tujuan Lamaran – Mohamad Hassan

Khabar yang sedang berlegar bahawa UMNO akan dilamar untuk bersama-sama mengukuhkan kepentingan politik Melayu. Apa jua lamaran untuk UMNO menunjukkan UMNO telah didambakan semula dan menjadi terus berpengaruh. Namun, yang melamar haruslah jelas dalam tujuannya. Jika benar ia demi kepentingan Islam dan bertujuan mengukuhkan kepentingan bangsa, maka wajarlah lamaran itu difikirkan semasak-masaknya. Kepada yang dilamar pula, janganlah terlalu berbunga-bunga hatinya. […]

» Read more

Kerajaan Melaka Angkuh Nafi Berlaku Krisis Air – Idris

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata beliau tidak pernah mempolitikkan krisis air di Melaka. Bahkan ujarnya, beliau benar-benar bertegas mengingatkan kerajaan negeri Melaka sejak tahun 2018 lagi, siapa yang sebenarnya mempolitikkan isu air sehingga menafikan semua gesaan dan saranan dari pihak pembangkang. “Setiap kali DUN bersidang kami bangkitkan soalan […]

» Read more

Muafakat Nasional Terus Mara, Pertimbangan Berasaskan Ummah, Bangsa, Negara – Annuar

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menekankan bahawa segala pertimbangan harus berasaskan kebaikan kepada ummah, bangsa dan negara. Katanya, ia bukanlah soal mana-mana individu. “7hb Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, 8hb Jawatankuasa Pusat PAS, 10hb Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional… insya-Allah segala pertimbangan harus berasaskan kebaikan kepada ummah, bangsa dan negara… bukan soal mana-mana individu. […]

» Read more
1 1,923 1,924 1,925 1,926 1,927 2,255