‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa rakyat hari ini semakin matang dalam menilai prestasi dan pencapaian menteri dalam kerajaan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata, sokongan rakyat tidak lagi diberikan secara membuta tuli, sebaliknya bergantung kepada sejauh mana seseorang menteri menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. “Jika menteri buat […]

» Read more

Ahmad Jazlan Maklumkan UMNO Proaktif Hadapi Bencana Banjir

MACHANG, 17 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob menegaskan komitmen parti dalam menghadapi musim tengkujuh dengan menjemput Ketua Pejabat Tanah Jajahan Machang, Mohd Zamri Ibrahim, untuk meninjau Pusat Transformasi sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir. Sebagai Pengerusi FELCRA Berhad, Ahmad Jazlan menyatakan lawatan tersebut penting bagi memastikan pusat ini sesuai dijadikan […]

» Read more

BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan keberadaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan membuktikan parti ini relevan dalam mengangkat agenda rakyat dan negara. Menurut beliau keberadaan BN dalam kerajaan hari merupakan keperluan negara dalam aspek pengalaman, kestabilan dan kebijaksanaan tadbir urus. “Dalam konteks Kerajaan Perpaduan, setiap lantikan membawa makna yang […]

» Read more

Rombakan Kabinet Bukti Keyakinan Terhadap Barisan Nasional – Azalina

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Rombakan Kabinet yang diumumkan semalam jelas mencerminkan keyakinan dan kepercayaan pucuk pimpinan negara terhadap keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk terus memikul amanah serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi berkata, langkah tersebut membuktikan bahawa BN terus diberi kepercayaan bagi melaksanakan […]

» Read more

Keselesaan Jadi Keutamaan, Reezal Merican Sumbang Kemudahan Di Hospital Kepala Batas

KEPALA BATAS, 17 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, telah mengadakan lawatan ke Hospital Kepala Batas untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda dan kerusi berangkai bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan pengunjung. Menurut beliau, lawatan itu dilakukan selepas menerima makluman mengenai keadaan kerusi roda yang uzur […]

» Read more

Rais Harap Usaha 2025 Jadi Asas Kukuh Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin berharap segala perancangan serta usaha yang dilaksanakan sepanjang tahun ini dapat dijadikan asas kukuh untuk melangkah ke tahun hadapan dengan lebih tersusun dan berkesan. Beliau berkata, segala usaha dan pencapaian yang telah direalisasikan sepanjang tahun ini wajar dimanfaatkan bagi […]

» Read more

Yang Di-Pertuan Agong Nasihat Jemaah Menteri Bekerja Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menasihatkan anggota Jemaah Menteri agar sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta mengutamakan kepentingan rakyat. Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kerajaan perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. Sultan […]

» Read more

Mesyuarat MIP: Semoga Segala Keputusan Diterjemah Pelaksanaan Nyata – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap agar segala keputusan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Industri Pertahanan (MIP) dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan nyata. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan beliau telah Mempengerusikan Mesyuarat MIP Bil. 2/2025 di Wisma Pertahanan pada Selasa. “Mempengerusikan Mesyuarat MIP Bil. 2/2025 di […]

» Read more

Harun Durabi Prihatin Mangsa Kebakaran, Tegaskan Komitmen Untuk Rakyat

KUDAT, 17 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka, Datuk Harun Durabi, menunjukkan keprihatinannya terhadap masyarakat selepas kebakaran yang berlaku di Asrama Desa SK Pinapak pada Jumaat lalu. Dalam lawatan ke lokasi kejadian, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kudat telah meninjau sendiri kesan kebakaran dan bertemu mangsa bagi memberi sokongan serta menghulurkan bantuan segera. Beliau menegaskan, tanggungjawab wakil […]

» Read more

Norshida Tekankan Pentingnya Pendidikan Awal Dalam Pembentukan Generasi Masa Hadapan

SEGAMAT, 17 Dis – Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim, menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas paling penting dalam membentuk masa depan generasi akan datang, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Hari Apresiasi Tabika, Taska dan IQFA KEMAS Segamat 2025, yang menghimpunkan para pendidik, ibu […]

» Read more
1 189 190 191 192 193 2,253