Zahid Dan Tok Mat Sambut Kedatangan Awal Tahun Kalendar Islam Di Slim

TANJUNG MALIM, 19 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama penduduk setempat hari ini menyambut kedatangan Maal Hijrah di Slim.

Selain kedua-dua pemimpin berkenaan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut sama-sama mengaminkan doa awal dan akhir tahun.

Kehadiran mereka di beberapa masjid sekitar Slim memgimarahkan lagi kedatangan tahun kalendar Islam.

Datuk Seri Ahmad Zahid bersama penduduk di Masjid Saidina Uthman, Felda Besout 2 manakala Datuk Seri Mohamad Hasan pula bersama penduduk setemlat di Masjid Felda Trolak Utara.

Selesai majlis berkenaan, masing-masing bergerak ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) sekitat DUN Slim dalam usaha berkempen serta mengadakan pertemuan bersama jentera setempat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.