Ketua UMNO Putatan Hargai Lawatan GiatMARA Ke Projek PPRS Atas Air Pertama

PUTATAN, 12 Jun – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Noor Mohamed, merakamkan penghargaan kepada rombongan GiatMARA Malaysia yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir, atas kesudian melawat projek Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) atas air yang merupakan model pertama seumpamanya. Menurut beliau, lawatan tersebut mencerminkan keyakinan GiatMARA Malaysia terhadap usaha pembangunan dan kebajikan rakyat yang dilaksanakan di kawasan berkenaan. […]

» Read more

PRN Johor: Onn Hafiz Seru Kempen Berhemah, Rakyat Diminta Nilai Rekod Parti

JOHOR BAHRU, 12 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Barisan Nasional (BN) Johor mengambil maklum pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia berhubung tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SPR atas persiapan serta pelaksanaan proses demokrasi tersebut yang disifatkan selaras dengan peruntukan undang-undang dan tanggungjawab […]

» Read more

Jalaluddin Fokus Untuk Rakyat, Santuni Kepimpinan Masjid Dan Tangani Aduan Penduduk

JELEBU, 12 Jun – Komitmen UMNO dalam memperjuangkan kebajikan rakyat terus diterjemahkan melalui tindakan proaktif pimpinan parti di peringkat akar umbi apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, turun padang menyantuni masyarakat dan menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk setempat. Jalaluddin yang juga penyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang telah menghadiri Majlis Perjumpaan Kepimpinan Masjid […]

» Read more

SPR Tetapkan PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sementara hari pengundian PRN Negeri Sembilan pula pada 1 Ogos. Tarikh penamaan calon PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun dan tarikh pengundian awal pada 7 Julai sementara untuk PRN Negeri Sembilan, penamaan calon adalah pada 18 Julai dan tarikh […]

» Read more

Rumah Bangsa Terus Jadi Pilihan, 21,858 Sertai UMNO Termasuk Bekas Pimpinan PPBM

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 21,858 kemasukan ahli baharu dicatatkan dalam tempoh kurang dua bulan sejak sistem pendaftaran atas talian diperkenalkan. Beliau berkata penyertaan tersebut termasuk keahlian baharu dan penyertaan semua bekas pemimpin UMNO yang sebelum ini bersama PPBM. “Sejak secara rasmi pendaftaran secara atas talian dibuka pada 20 April […]

» Read more

Azalina Terima Laporan Akhir Pembaharuan Undang-Undang Kontrak

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menerima laporan akhir Jawatankuasa Semakan dan Kajian Pembaharuan Undang-Undang Kontrak dalam satu sesi taklimat yang berlangsung semalam. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YA Datuk Seri Vazeer Alam Mydin Meera itu membentangkan hasil penelitian dan kajian menyeluruh terhadap cadangan pembaharuan undang-undang kontrak di […]

» Read more

Jangan Salah Tafsir, Penolakan Kerjasama Dengan Dap Bukan Isu Perkauman

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pendirian Barisan Nasional (BN) Johor untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tidak wajar disalah tafsir sebagai kenyataan berbaur perkauman. Demikian tegas Exco Wanita UMNO Malaysia Datuk Waheedah Faruz Telahah ekoran hal terbabit menjadi polemik berpanjangan. Menurut beliau, kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pelancaran Jentera BN […]

» Read more

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Seru Anak Muda Tukar Alamat Mengundi

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyeru semua pengundi, khususnya anak muda yang menetap di ibu kota, supaya segera mengemas kini alamat pendaftaran pengundi mereka mengikut kawasan tempat tinggal semasa. Ketua Penerangannya, Nasrun Nasaruddin berkata langkah tersebut penting bagi memastikan setiap pengundi memainkan peranan dalam menentukan hala tuju pembangunan dan kepimpinan di kawasan yang mereka diami. “Realitinya, […]

» Read more

Politik Perkauman Murahan Tidak Laku di Johor – Hasrunizah

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Exco Wanita UMNO Malaysia, Hasrunizah Hassan menyelar pihak tertentu yang terus memainkan naratif perkauman sempit bagi meraih sokongan politik, sambil menegaskan taktik lapuk itu tidak mempunyai tempat di Johor yang selama ini terkenal dengan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk. Menurutnya, tuduhan kononnya terdapat kaum tertentu yang dipinggirkan oleh Kerajaan Negeri Johor adalah dakwaan tidak […]

» Read more

Perkukuh Syiar Islam Perlukan Kebijaksanaan, Sepakat… Bukan Modal Serangan Politik

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pemangku Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar, Razman Ismail berpandangan isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong perlu secara berhemah dan berpandukan fakta, dengan tidak menjadikannya sebagai bahan polemik politik. Beliau berkata demikian sebagai mempersoal tindakan ADUN tersebut yang membawa isu tersebut sebagai persepsi politik berbanding membahaskan […]

» Read more
1 … 186 187 188 189 190 … 2,352