GRS Namakan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU, 28 Sept – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu. Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengesahkan perkara itu dan beliau akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pada 10.30 pagi esok. “Saya ingin memaklumkan kami GRS, terdiri daripada PN […]

» Read more

COVID-19: Kelewatan Di Klia Kerana Jumlah Penumpang Yang Ramai – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 28 Sept – Waktu menunggu yang panjang bagi penumpang dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukan disebabkan kekurangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi jumlah penumpang yang ramai. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setiap penumpang akan menjalani saringan antara 10 hingga 15 minit sahaja tetapi gilirannya mungkin mengambil masa […]

» Read more

Saringan COVID-19 Di KLIA Sesak: KKM Tambah Petugas, Peralatan

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Jumlah petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan peralatan saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 akan ditambah bagi mengurangkan kesesakan proses saringan terhadap individu yang tiba dari Sabah. KKM menerusi Twitter memaklumkan susulan terdapat aduan kesesakan proses saringan COVID-19, Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk menambah […]

» Read more

Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Esok – Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU, 28 Sept – Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu dijadual bermula pukul 10.30 pagi esok. Menurut pemakluman Jabatan Penerangan Sabah hari ini, istiadat angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Negeri Sabah di Jalan Istana di sini. Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan sebagai berkata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun […]

» Read more

Anak Muda UMNO Diseru Bersedia Hadapi Dinamika Politik

TASEK GELUGOR, 28 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO menyeru ahli-ahlinya agar mempersiapkan diri untuk menghadapi dinamika politik termasuk membina kemahiran mentafsir situasi semasa, seiring perubahan landskap politik negara. Ketua Penerangan sayap Mohd Shahar Abdullah berkata ini kerana dinamika politik turut menuntut kesetiaan ahli kepada perjuangan teras parti. “Dahulu kita tidak bersama Muafakat Nasional, sekarang dengan Muafakat Nasional, Perikatan Nasional, perbezaan […]

» Read more

KKM Kesan Tiga Kluster Baharu, Dua Di Sabah, Satu Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu iaitu dua di Sabah dikenali kluster Buang Sayang dan kluster Kg Sakong, sementara di Kuala Lumpur pula dikenali Kluster Setapak. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Buang Sayang dikesan di Sipitang, Sabah, dengan kes indeks (kes ke-10265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari […]

» Read more

PKPDP Zon Melor Di Amanjaya, Kedah Tamat Hari Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPDP) di Zon Melor, Amanjaya, Kedah yang dilanjutkan dua minggu sejak 13 Sept tamat pada hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan penamatan PKPDP itu dibuat selepas tiada kes baharu COVID-19 direkodkan di zon berkenaan sejak 14 Sept lepas. “Sebanyak 4,931 sampel […]

» Read more

Menang PRN, Bukti Rakyat Mahu GRS Terajui Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, membuktikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap GRS untuk menerajui pentadbiran negeri itu. Justeru, kemenangan GRS di 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diterjemah dengan melaksanakan segala amanah yang diberi untuk memajukan pembangunan Sabah. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang […]

» Read more

115 Lagi Individu Ingkar PKPP Ditahan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Seramai 115 individu lagi ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, seramai 111 individu dikompaun manakala empat direman. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak mematuhi penjarakan fizikal membabitkan 35 individu, keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan […]

» Read more

PRN Sabah: Keadaan Keselamatan Terkawal – Polis

PAPAR, 26 Sept – Keadaan keselamatan di negeri ini pada keseluruhannya terkawal semasa proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini, beliau berkata keadaan terkawal di semua pusat mengundi. Sebelum ini, Hazani mendedahkan mempunyai […]

» Read more
1 … 1,870 1,871 1,872 1,873 1,874 … 2,373