UMNO Perak Sokong Zahid Sebagai Presiden

IPOH 16 Dis. – Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak pada hari ini sebulat suara menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden parti kerana beliau telah dipilih oleh para perwakilan sewaktu Persidangan Agung UMNO yang lalu. Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, adalah tidak adil sekiranya terdapat segelintir pemimpin mahupun ahli UMNO menuding jari serta […]

» Read more

Lompat Parti: Islam Melayu Bumiputera Terancam Jika PH Majoriti 2/3

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kebimbangan jika terus berlaku Ahli Parlimen yang menyeberangi dan menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH) maka mereka bakal mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen dan memiliki kuasa untuk membuat pindaan apa jua perkara dan fasal dalam perlembagaan negara. Tegasnya, harus diingat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan […]

» Read more

Zahid Tegaskan Tidak Tunduk Desakan Dan UMNO Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO menolak kerjasama dengan Dap dan tidak akan berkompromi dengan agenda yang meminggirkan Islam dan Melayu dilakukan secara halus atau terang-terangan. Justeru jelas beliau, ahli-ahli UMNO di semua peringkat hendaklah merapatkan saf dan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat dan pendirian demi penyatuan UMNO untuk melunaskan tanggungjawab kepada […]

» Read more

Ahli UMNO Harus Berhenti Jadi Pembangkang Dalam Pembangkang

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, ahli UMNO harus berhenti mengamalkan sikap menjadi pembangkang dalam pembangkang. Justeru jelas beliau, semua pihak harus bersatu dan terus mempertahankan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden. “Datuk Seri Zahid harus dikekalkan kerana beliau seorang yang cekal, berjiwa besar, mesra […]

» Read more

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

BESUT, 15 Dis – “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar UMNO. Kenyataan Anggota Parlimen Besut itu dimaklumkan kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp setelah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut. Idris diuar-uarkan akan mengikut jejak Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid yang berbuat demikian semalam dan kini […]

» Read more

UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR, 14 Dis – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin yang meninggal dunia petang tadi. Bernama melaporkan Tan Sri Zainuddin Maidin, 79, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini kira-kira pada jam 6.20 petang, disahkan oleh adiknya Abdul Lazam. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam ciapan di […]

» Read more

Ahli Parlimen Jelebu Dan Jempol Nafi Akan Tinggalkan UMNO

SEREMBAN, 14 Dis – Dua anggota Parlimen dari Negeri Sembilan menafikan akan meninggalkan UMNO seperti mana yang tular di media sosial. Kedua-dua mereka, anggota Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan anggota Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif sebaliknya, berpendirian untuk kekal berjuang bersama parti yang diwakili mereka. “Tidak benar dakwaan itu. Saya masih lagi dengan UMNO. Ada pihak yang […]

» Read more

BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands

LIPIS, 14 Dis – Barisan Nasional (BN) Pahang sudah memulakan gerak kerja awalan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata tindakan itu bermula selepas dimaklumkan bahawa calon BN Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Datuk C.Sivarraajh tidak akan mengemukakan rayuan kepada keputusan Mahkamah […]

» Read more

Ringgit Gagal Kekang Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ringgit gagal meneruskan kenaikan semalam apabila diniagakan rendah pagi ini berbanding dolar AS berikutan aktiviti pengambilan untung. Pada 9.18 pagi, unit tempatan berada pada 4.1800/1850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1780/1820 semalam. Sementara itu, seorang peniaga berkata pemain pasaran akan memantau keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 18-19 Dis, untuk mencari bayangan […]

» Read more

Petisyen Pilihan Raya Rantau: Rayuan Mohamad Didengar 18 Feb

PUTRAJAYA, 13 Dis – Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai tidak sah dan terbatal serta memerintahkan supaya pilihan raya kecil diadakan segera. Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, mewakili calon PKR Dr S. […]

» Read more
1 1,822 1,823 1,824 1,825 1,826 1,904