Ahli UMNO Harus Berhenti Jadi Pembangkang Dalam Pembangkang

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, ahli UMNO harus berhenti mengamalkan sikap menjadi pembangkang dalam pembangkang.

Justeru jelas beliau, semua pihak harus bersatu dan terus mempertahankan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden.

“Datuk Seri Zahid harus dikekalkan kerana beliau seorang yang cekal, berjiwa besar, mesra rakyat dan prihatin terhadap akar umbi
UMNO.

“Tuduhan demi tuduhan yang dibuat terhadap beliau merupakan satu persepsi daripada segelintir ahli UMNO yang bersifat rakus
terhadap jawatan,” jelas beliau dalam satu kenyataan mrdia.

Tambah Syed, tuduhan seperti kononnya Zahid mahu bekerjasama bersama Dap bagi membentuk kerajaan dan beliau
tidak ada hala tuju tidak benar sedangkan pelbagai perkara telah beliau lakukan.

“Oleh itu Datuk Zahid harus berani dalam membuat keputusan dan tidak perlu mendengar dari Ahli Parlimen Barisan Nasional atau Ahli UMNO yang ingin keluar
dari parti di mana mereka ini bukanlah sebenar-benar pejuang UMNO.

“Datuk Zahid harus cekal dan berani dalam membuat apa
sahaja keputusan demi kebaikan dan kepentingan dalam parti UMNO ini kerana semangat yang ada di dalam diri Presiden boleh mengembalikan semangat akar umbi UMNO.

“Kami juga memohon kepada Presiden UMNO agar mengenakan tindakan disiplin atau pecat keahlian UMNO kepada mana-mana ahli UMNO yang menganggu gugat kepimpinan UMNO,” tegas beliau.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.