Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

BESUT, 15 Dis – “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar UMNO.

Kenyataan Anggota Parlimen Besut itu dimaklumkan kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp setelah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Idris diuar-uarkan akan mengikut jejak Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid yang berbuat demikian semalam dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

Bagaimanapun, Rosol berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan telah  menghantar permohonan menyertai parti itu sehari sebelum keluar UMNO.

Dengan keputusan Rosol menjadi wakil rakyat Bebas, kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) di Terengganu kini tinggal satu kerusi iaitu di Parlimen yang diwakili Idris.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.