Perubahan Landskap Politik Masa Kini Cabaran Baharu Bagi Perlis – Azlan Man

ARAU, 17 Julai – Kerajaan Perlis menyifatkan perubahan landskap politik masakini sebagai cabaran baharu yang perlu ditangani dengan matang supaya negeri dan rakyat mendapat faedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man. Justeru, beliau berkata kerajaan Perlis akan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan pembangunan negeri diteruskan. “Realiti ini akan ditangani dengan matang supaya hasrat kita mencapai negeri maju menjelang […]

» Baca lanjut

Khairy Akan Usul Agar Tidak Perlu Laksana Semula SST

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan mengusulkan kepada kerajaan Pakatan Harapan agar tidak melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Beliau berkata sebaliknya kerajaan perlu meneliti semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar peratusan yang lebih rendah. “Saya akan menyentuh beberapa perkara penting untuk diambil perhatian oleh kerajaan dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan […]

» Baca lanjut

Kumpulan Pemantau Akur, Tidak Mahu Dilabel Penentang Undang-undang

KUALA LUMPUR, 17 Julai – NGO Pemantau Malaysia Baru hari ini akur dengan arahan polis yang menghalang mereka daripada mengadakan himpunan yang sepatutnya bergerak ke bangunan Parlimen sebagai tanda memberi sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi merasmikan istiadat pembukaan Dewan Rakyat. Presiden kumpulan pemantau, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan tindakan menghalang peserta bergerak ke bangunan Parlimen sebagai […]

» Baca lanjut

Agong Rasmi Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke-14

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenanmerasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang cukup signifikankerana buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan Malaysia dipimpin kerajaan baharu, Pakatan Harapan. Mesyuarat ini juga melakar sejarah tersendiri kerana ini merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agongmerasmikan istiadat pembukaan penggal parlimen dalam tahun sama. Pada 5 […]

» Baca lanjut

Masa Depan Malaysia Untuk Semua, Titah Sultan Nazrin

IPOH, 17 Julai – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah tiada siapa patut diketepikan dalam perjalanan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah demokrasi matang agar setaraf dengan masyarakat dunia demokrasi maju yang lain. Tiada siapa harus dipinggirkan dalam proses demokrasi ini termasuk mereka yang mungkin tidak bersetuju, titah baginda. “Setiap orang di bumi Malaysia harus mengambil bahagian dan kita perlu melibatkan […]

» Baca lanjut

Najib Mahu Jadi Pembangkang Konstruktif

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari pertama menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat sebagai pembangkang, berkata beliau akan memainkan peranan baharunya itu secara konstruktif walaupun tidak lagi memegang sebarang jawatan penting. Bekas perdana menteri itu berkata matlamat utamanya kini adalah berkhidmat kepada rakyat di kawasan Parlimen Pekan yang diwakilinya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. “Perkara […]

» Baca lanjut

UMNO Kalabakan Nafi Tujuh AJK Keluar Parti

TAWAU, 16 Julai – UMNO Kalabakan hari ini menafi sekeras-kerasnya tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian yang baharu dilantik keluar parti bersama 2,000 ahli dari 45 cawangan parti di kawasan itu. Ketua Bahagian UMNO, Abdul Karim Wahid berkata dakwaan wakil rakyat Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho, yang dulunya bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan dan kini menyertai Parti Warisan Sabah […]

» Baca lanjut

Senarai Penuh Jawatankuasa UMNO Pulau Pinang Dua Minggu Lagi

GEORGE TOWN, 15 Julai  – Anggota Jawatakuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baharu akan ditentukan selepas mesyuarat pertama yang dijangkan akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu dilantik Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata beliau memerlukan masa untuk mengadakan perbincangan dengan semua ketua-ketua bahagian, pemuda dan puteri UMNO negeri bagi menentukan hala tuju […]

» Baca lanjut

PRK Sungai Kandis Ujian UMNO Mantap Kedudukan, Kembali Keyakinan Rakyat

PASIR SALAK, 13 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan menjadi ujian dan masa terbaik bagi UMNO memantapkan semula kedudukannya dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti politik pembangkang itu. Anggota Veteran UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sebagai pembangkang yang memegang konsep “check and balance” (semak dan imbang), PRK itu menjadi platform terbaik […]

» Baca lanjut

UMNO Tentang Sebarang Usaha Rai Dan Sebarkan Mazhab Syiah

BAGAN DATUK, 12 Julai – Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk meraikan mazhab Syiah dan membebaskan ia disebarkan di negara ini perlu ditolak sekeras-kerasnya, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tegas Ahmad Zahid, walaupun menghormati pengikut mazhab itu, namun usaha untuk mengasimilasikan fahaman itu di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini bakal menyebabkan perpecahan […]

» Baca lanjut
1 1,806 1,807 1,808 1,809 1,810 1,821