Cameron Highlands Tempat Sejuk, Kenapa Pula Tian Chua Naik Panas? – Najib

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Cameron Highlands tidak disenangi oleh pemimpin Pakatan harapan (PH) termasuklah Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Najib secara sinis menerusi Facebooknya menyindir Tian Chua yang merasa ‘panas’ apabila beliau berada di sekitar Cameron Highlands.

“Saya ke Cameron hanya untuk berjalan-jalan, makan angin dan membeli strawberi sahaja,” jelasnya.

Tambah Ketua UMNO Bahagian Pekan ini, di Cameron Highlands suasananya nyaman dan indah, kenapa pula Tian Chua merasa ‘panas’ dengan kehadirannya?

“Dan oh, sempatlah melawat kawan-kawan lama dan lihat pembangunan untuk Orang Asli yang dibuat semasa saya PM dulu.

“Biarlah saya… Saya tak ke sana untuk mahu gigit sesiapa pun,” katanya lagi.

Tian Chua hari ini dilapor berkata, penampilan Najib di PRK Cameron Highlands sesuatu yang agak luar biasa.

“Sebenarnya, Najib bukan satu contoh yang terbaik kerana masalah-masalah yang masih diwaris oleh masyarakat di Cameron Highlands ini, dan Najib tidak buat apa-apa sepanjang masa dia jadi perdana menteri.

“Sekarang dia mengambil kesempatan menggunakan ini (PRK) menjadikan pentas dia untuk mendapatkan ‘cheap publicity’ (publisiti murahan),” kata Tian Chua kepada portal berita Malaysiakini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.