Rapatkan Saf UMNO, Realitikan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ahli-ahli UMNO diseru untuk sentiasa merapatkan saf di bawah slogan parti iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.’ Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub yang memandang berat dan menzahirkan rasa bimbang dengan situasi pandangan terbuka melalui media sosial dan cetak yang melibatkan segelintir pemimpin parti. “Veteran tidak menafikan sebagai sebuah parti besar yang mempunyai lebih 3 […]

» Read more

Banjir: Pengecualian Sewa Gerai, Rebat Air Bagi Rakyat Pahang

BERA, 21 Jan – Kerajaan negeri Pahang akan memberi pengecualian sewa pada bulan ini kepada penyewa gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terkesan akibat banjir bagi membantu meringankan beban mereka. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi gerai yang mengalami kerosakan teruk pula, penyewa tidak perlu membayar sewa sehingga kerja-kerja membaik pulih selesai dilaksanakan. “Ramai terkesan […]

» Read more

PdP: Kerajaan Perlu Dengar Rintihan Ibu Bapa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Jan – UMNO menggesa kerajaan cakna dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa terutamanya berkenaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian di rumah. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak rungutan yang diterima beliau semalam iaitu hanya selepas sehari PdP mula dilaksanakan di seluruh negara. “Ramai mengadu di Facebook saya tentang kekangan dihadapi […]

» Read more

Lanjutkan Waktu Operasi Perniagaan Makanan Sehingga Jam 10 Malam – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2021 – Kerajaan digesa supaya melanjutkan waktu operasi restoran dan kedai makan yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga jam 10 malam. Menurut Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, kelonggaran waktu operasi sektor ekonomi itu akan memberi pelbagai kesan positif kepada pelbagai pihak. Kerajaan katanya, wajar mempertimbangkan cadangan itu kerana syarat penutupan operasi […]

» Read more

Saarani Terharu Kesungguhan Dan Ketabahan ‘Frontliners’, Bersama Patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad terharu dengan kesungguhan para petugas ‘frontliners’ (barisan hadapan) yang tetap tabah memberi bantuan sewajarnya kepada para pesakit yang amat memerlukan perhatian walaupun dalam suasana serba tidak menentu sekarang. Ujarnya, dalam keadaan angka kes COVID-19 yang terus meningkat, tugas mereka pastinya akan lebih mencabar dan tentunya menuntut kesabaran dan kecekalan. […]

» Read more

Sahut Agenda Jihad Perangi Rasuah, Seru Terapkan Politik Berintegriti – Pemuda UMNO Johor

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menegaskan agenda jihad perangi rasuah bukan sahaja sekadar perlu disahut atau disokong malah akan merangka dan merencanakan program susulan untuk bersama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sebarang bentuk kerjasama bagi membolehkan ia terlaksana dan memberi kesan kepada akar umbi. Selaras itu, ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah menyeru […]

» Read more

UMNO Sentiasa Peka Membantu Rakyat – Rizam Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Rizam Ismail menekan bahawa UMNO sememangnya sudah sebati dalam khidmat membantu rakyat malahan ia sudah sebati dalam diri ahli-ahlinya sebagaimana parti ini yang mempunyai rekod pencapaian selama mentadbir negara. Jelas beliau, UMNO sentiasa peka dalam membantu rakyat walaupun dalam masa pandemik COVID-19 mahupun bencana alam yang dialami baru-baru ini. “Ini […]

» Read more

Pengusaha Dan Pemandu Bot Pelancong Dapat Perhatian Kerajaan Negeri – Sharkar

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Kerajaan Negeri Pahang menerusi Tourism Pahang menyampaikan sumbangan yang keseluruhannya berjumlah RM270,000 kepada pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan di negeri tersebut. Sumbangan Prihatin COVID -19 itu disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang, Rabu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri […]

» Read more

Bagaimana Kita Boleh Mengekang Wabak COVID-19 Ini? Dr Akmal Cadangkan Solusi

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata trend terkini peningkatan kes COVID-19 berada di tahap membimbangkan di mana kebanyakan daripada fasiliti kesihatan milik kerajaan hampir tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit yang semakin ramai. Kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin itu, sesuatu mesti perlu dilakukan untuk mengawal keadaan tersebut dan […]

» Read more

Agong Titah Semua Pihak Ketepi Perbezaan Perangi COVID-19

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan, supaya rakyat mengetepikan perbezaan politik, bangsa dan agama, bagi memerangi COVID-19 yang berterusan mencatatkan kes positif harian empat angka, sejak hujung tahun lepas. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka Baginda yakin, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, negara mampu untuk […]

» Read more
1 … 1,801 1,802 1,803 1,804 1,805 … 2,372