Puteri UMNO Bahagian Sabah Digesa Jalankan Pemutihan

KOTA KINABALU, 20 Okt – Puteri UMNO Sabah mahu sayap itu di peringkat bahagian menjalankan ‘pemutihan’ anggota bagi memastikan hanya mereka yang mampu meneruskan perjuangan  kekal dalam parti. Naib Ketuanya Hazulizah Md Dani berkata langkah itu penting kerana Puteri UMNO sedang  menyusun  semula gerak kerja yang pastinya sukar dilakukan sekiranya masih ada ‘duri dalam daging’ serta ‘api dalam sekam’, dalam […]

» Baca lanjut

Rakyat Dan Negara Adalah Amanah Untuk Pemimpin – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah mengingatkan pemimpin negara bahawa negara ini dan rakyat adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, justeru harus dijaga dengan pemerintahan yang benar dan adil. Titah baginda mereka perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan jujur dan berintegriti seiring dengan janji yang diberikan kerajaan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-14 […]

» Baca lanjut

Kajian Separuh Penggal RMK 11 Buktikan Hutang Negara Hanya RM688 Billion

PEKAN, 19 Okt – Kenyataan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion boleh menyebabkan Malaysia rugi kerana menimbulkan kesangsian di kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara. Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk 2016 sehingga 2020 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam membuktikan hutang negara berjumlah hanya RM688 […]

» Baca lanjut

Zahid Didakwa Dengan 45 Pertuduhan, Dibenarkan Ikat Jamin RM2 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini didakwa dengan 45 pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM114 juta di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Bagaimanapun, tiada pengakuan bersalah yang direkod daripada beliau di atas ke semua pertuduhan […]

» Baca lanjut

Solidariti Zahid: Semangat Ahli UMNO Tidak Akan Luntur

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, usaha untuk merencatkan UMNO dengan menekan individu tertentu tidak akan mematahkan semangat ahli malah ia akan menguatkan lagi parti keramat ini. Jelas beliau, kekuatan UMNO adalah di peringkat ahli-ahli yang ramai di seluruh negara dan kekuatan ini akan terus utuh. “Namun saya harap ahli jangan bertindak melulu […]

» Baca lanjut

Solidariti Zahid: Kompleks Mahkamah KL Dipenuhi Lautan Merah

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan dengan lebih 1,000 orang penyokong dan juga ahli-ahli UMNO berkumpul sebagai tanda solidarity terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Seawal pukul 6.30 pagi, ahli-ahli UMNO yang berbaju merah dan siap membawa pelbagai sepanduk mula berkumpul di luar kompleks mahkamah berkenaan. Antara sepanduk yang dibawa […]

» Baca lanjut

Najib Hadir Beri Sokongan Kepada Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Okt – “Saya hadir memberi sokongan kepada sahabat,” ujar bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pendakwaan terhadap salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan sebuah yayasan. Najib yang hadir dengan memakai baju […]

» Baca lanjut

Solidariti Untuk Presiden UMNO, Sokongan Ahli Dari Semua Peringkat

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Sokongan yang tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO dari pelbagai peringkat apabila turut hadir dan berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menunjukkan solidariti kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Antara pemimpin tertinggi UMNO yang hadir adalah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri […]

» Baca lanjut

“Hadapi Dendam Politik, Pertuduhan Politik, Hukuman Politik, Mangsa Politik” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang sentiasa kreatif dengan nukilan-nukilan dan bidalan-bidalannya hari ini tampil dengan kicauan terbaharu di ‘twitter’nya tadi. Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengungkap sebuah nukilan, jika diselusuri ditujukan khusus kepada senario politik semasa tanah air terutama pasca pilihan raya umum (PRU) ke-14. Dalam twitnya itu, beliau mengatakan […]

» Baca lanjut

Solidariti Bersama Zahid Penuh Semangat, Pertahan Institusi Presiden

PUTRAJAYA, 19 Okt – Suasana di perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi bergema dengan laungan dan ucapan para pimpinan UMNO dan pelbagai peringkat kumpulan lain yang sama-sama berkumpul bagi menyatakan solidariti kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditahan untuk pendakwaan. Para pneyokong yang terdiri daripada pimpinan dan ahli serta pendokong parti serta mereka yang […]

» Baca lanjut
1 1,793 1,794 1,795 1,796 1,797 1,849