Berdasarkan Rekod Dalil Kenyataan Mahathir Pas Tak Sokong UMNO Sukar Dipercayai – Dr Shamsul


SEMENYIH, 17 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Annuar Nasarah membidas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang telah menyatakan tidak akan menyokong UMNO di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.

Jelas beliau, sebenarnya Mahathir gusar dengan kekuatan kerjasama UMNO Pas yang mengugat sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) terutama PPBM.

“Mahathir sebenarnya risau dan kerana itulah dia menggunakan sepenuhnya pertemuan dengan Presiden Pas untuk melakukan sesuatu bagi memecah-belahkan hubungan UMNO Pas.

“Bagi saya, berasaskan beberapa rekod Perdana Menteri sejak kebelakangan ini, sukar untuk mempercayai apa yang beliau cakap. Apatah lagi jelas kelihatan sokongan dan kerjasama UMNO Pas di PRK Semenyih ini sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat berjalan dengan baik malah lebih tersusun berbanding beberapa PRK sebelum ini.

“Justeru tidak nampak kebenaran apa yang disebut oleh Perdana Menteri, lebih-lebih lagi beberapa kenyataan pimpinan Pas mengenai isu ini juga memperlihatkan penafian mereka mengenainya malah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang bersama-sama dengan Hadi Awang (ketika di Yayasan Al-Bukhary, bertemu Perdana Menteri) turut hadir ke Semenyih bagi menyatakan sokongan kepada calon UMNO,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Kerana itulah tegas Shamsul, dalil kenyataan Perdana Menteri berkaitan isu ini sukar dipercayai.

“Ini pada saya hanyalah permainan dan perang psikologi oleh Perdana Menteri yang berpengalaman namun boleh juga dibaca permainannya. Oleh itu kita harus berwaspada kerana kita yakin banyak lagi perkara lain yang beliau akan lakukan bagi memecahkan hubungan UMNO Pas,” jelasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.