Papa Gomo Mahu Saman Syed Saddiq Kerana Fitnah

KUALA LUMPUR 17 Feb.- Pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam masa terdekat.

Wan Muhammad Azri berkata, saman tersebut akan dibuat selepas Syed Saddiq mendakwa beliau dicekik pada bahagian leher oleh seorang individu dan diserang semasa menghadiri proses penamaan calon di Semenyih semalam.

Selain itu katanya, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Muar itu kerana didakwa memberi keterangan serta membuat laporan palsu.

“Syed Saddiq kata di cekak. Tapi kita ada video dan bukti. Lagi pun fikir secara logik. Jika benar saya buat kesalahan, mengapa tidak tangkap saya terus ketika insiden sedangkan polis ramai ketika itu.

“Saya hanya datang kepada beliau dan cakap ‘Kau ni bodoh’ sambil memeluk bahunya kerana saya tidak mahu apa-apa insiden tidak diingini berlaku. Itu sahaja,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.