Tetapkan Hati Undi BN, Pesan Zakaria Kepada Pengundi DUN Semenyih


SEMENYIH, 17 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi merayu para pengundi di kawasan berkenaan agar menetapkan hati  untuk membuat pilihan yang terbaik dengan memilih Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau suara rakyat adalah suara keramat dan inilah masa yang amat berharga untuk menyatakan bantahan suara hati masyarakat terhadap kerajaan hari ini setelah banyak janji yang tidak terlaksana.

“Kita harap para pengundi di sini memberikan kepercayaan kepada saya selaku calon BN dan insya-Allah pengalaman sebelum ini bersama masyarakat akan digunakan sebaik mungkin dalam menyalurkan suara hati diperingkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program bersama jentera dan pengundi di Bilik Gerakan Sesapan Batu, di sini, malam tadi.

Zakaria seterusnya menambah peluang untuk menawan semula DUN Semenyih cukup cerah dengan pelbagai isu yang melanda kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuklah dasar-dasar mereka seperti penukaran Goods and Services Tax (GST) kepada Sales And Services Tax (SST)  tidak memberi kelebihan kepada rakyat.

“Dulu janji apabila tidak ada GST akan berlaku sebaliknya daripada sudut harga barang, namun hari ini apa jadi setelah SST diperkenalkan. Begitu juga dalam soal janji. Kalau tidak boleh buat mengaku jelah…. Apa pun senario yang berlaku di Semenyih akan menjadi tumpuan kepada masyarakat luar. Jadi yakinlah kepada BN. Bukti bukan sekadar janji,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

—-

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.