RCEP Ditandatangani Pada ASEAN Ke-37- Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan dimeterai pada Persidangan Kemuncak ASEAN Ke-37 yang akan berlangsung mulai Khamis ini. Perkara ini disahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. “Para pemimpin ASEAN akan turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan ASEAN di sini hari ini. Rundingan […]

» Read more

My30 Diperluas, Ringankan Belanja Pengangkutan Awam

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Langkah memperluas inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 ke Pulau Pinang dan Kuantan bukan sahaja meringankan beban perbelanjaan pengangkutan awam penduduk di kawasan berkenaan, malah akan dapat meningkatkan jumlah penumpang Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang berkurangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata inisiatif yang diumumkan semasa […]

» Read more

Cipta Sesuatu Yang Luar Biasa, Pinda Belanjawan 2021 Sebelum Disokong, Saran Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menyarankan agar Belanjawan 2021 dipinda sebelum disokong untuk kelulusan. Ini kerana katanya, pelbagai cadangan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Pekan yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyentuh beberapa penambahbaikan bajet tersebut untuk kebajikan rakyat. Menurutnya, sepanjang pengalaman berada di Dewan […]

» Read more

Kadar Langganan Projek SUBB, RBB Meningkat Kepada 45 Peratus – Zahidi

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Kadar langganan jalur lebar talian tetap melalui projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) meningkat sebanyak sembilan peratus iaitu 45 peratus berbanding 36 peratus pada bulan September tahun lepas. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan sehingga September lepas, sebanyak 654,812 sambungan tersedia di seluruh negara menerusi […]

» Read more

COVID-19: 276 Kluster Dikesan, 125 Tamat – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Sebanyak 276 kluster dikesan di negara ini setakat ini sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini akhir tahun lepas dengan 151 daripadanya masih aktif, manakala 125 telah tamat. Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berkata daripada 151 jumlah kluster, Kluster Kediaman merekodkan kluster terbanyak dengan 64 kluster. “…diikuti dengan Kluster Tempat Kerja iaitu 63 kluster; Kluster […]

» Read more

Bajet Yang Baik Mesti Realistik, Kata Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpandangan belanjawan yang baik mesti realistik. Katanya, ia bukan berapa banyak yang hendak diberi, tetapi juga berapa banyak yang akan diperolehi. “Apabila PH (Pakatan Harapan) mengambil alih, mereka batalkan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan memberi cuti cukai tiga bulan. Tanpa GST tanpa SST (Cukai […]

» Read more

Belanjawan 2021: ‘Rumah Sudah Siap Tetapi Pahat Tetap Berbunyi’- Rizalman

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar melihat selepas empat hari Belanjawan 2021 dibentangkan ianya seperti ‘rumah sudah siap tetapi pahat tetap berbunyi’. Katanya, jumlah peruntukan yang ditawarkan sangat besar tetapi masih tidak memenuhi kemahuan sebilangan besar rakyat Malaysia. Tambahnya juga, antara yang hangat dibincangkan oleh rakyat ialah soal pengeluaran Akaun 1 Kumpulan […]

» Read more

KWSP Sedang Perhalusi Kemudahan Pengeluaran Akaun 1

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas. “Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan hari ini. Menurut KWSP, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu […]

» Read more

NADMA Sedia SOP Lengkap Pengurusan Banjir – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan bencana lengkap sebagai persediaan menghadapi banjir, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini termasuk ketika proses pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ketika berada di dalam PPS dan juga selepas banjir selesai seperti gotong-royong mencuci dan sebagainya. […]

» Read more

Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Sidang Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas dibentangkan Jumaat lepas. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, perbahasan akan bermula sebaik selesai sesi soal jawab lisan yang akan membuka tirai hari keenam persidangan itu, yang mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas […]

» Read more
1 1,739 1,740 1,741 1,742 1,743 2,265