Pelbagai Ujian Menjaga Anak-Anak Yatim, Ahmad Zahid Kagumi Penjaga Amanah

TANJUNG MALIM, 28 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menjaga rumah anak yatim adalah satu perkara yang dipuji oleh Allah SWT.

Katanya, terdapat berbagai-bagai cabaran yang getir menjaga anak-anak yatim dan haruslah tatacara yang dibenarkan dalam agama Islam.

“Saya pernah mengendalikan rumah anak yatim. Saya tidak terpilih untuk menjaga rumah anak yatim dan saya terpaksa ‘convert’ rumah anak yatim menjadi Mahaad Tahfiz dan saya tidak mahu apabila meneruskan dan saya diuji banyak untuk menjaga anak yatim.

“Saya takut apa yang kita hajatkan banyak pahala dan akhirnya tidak dapat apa-apa dan bukannya mudah serta saya ucapkan tahniah kepada Ustaz Zamzuri dan penjaga-penjaga anak yatim dan mudah-mudahan Allah SWT membalas syurga.

“Saya pasti terlalu banyak ujian yang dihadapi untuk menaikkan sebuah rumah anak yatim itulah sebabnya Allah SWT menjanjikan pada orang-orang yang menjaga anak yatim ini syurga dengan syarat dan beberapa SOP yang ditentukan bahawa anak-anak yatim ini perlu dijaga dengan kaedah-kaedah tertentu kerana ujiannya sangat berat,” katanya ketika berbuka puasa bersama anak-anak yatim Baitu Mahabbah, di sini, petang semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rais Yasin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Aminuddin Hanafiah.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan ujian yang paling berat adalah menahan segala kehendak hawa nafsu dan redha denga segala ujian.

“Ujian yang paling berat kepada kita adalah ujian hawa nafsu sebab dalam bulan Ramadan ini dan mengikut para riwayat syaitan dan iblis di ikat yang ada hanya malaikat yang membawa rahmat tapi kenapa masih ada orang yang tidak dapat menahan amarah, tidak dapat menahan perasaan walaupun malaikat lebih ramai dari iblis kerana iblis akan meninggalkan bahawa di sana ada hawa nafsu kepada semua orang.

“Di dalam keadaan beginilah ujian sangat besar kepada diri kita berdasarkan kepada kemampuan,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.