Ahli UMNO Berjuang Dengan Bijak, Fokus Hala Tuju Menang PRU-15 – Ismail Sabri

BERA, 3 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa anggota UMNO untuk berjuang dengan bijak dan fokus hala tuju bagaimana mahu menang dalam setiap kerusi yang UMNO/Barisan Nasional tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, jangan biarkan emosi menjadi faktor utama dalam perjuangan kerana ia akan merosakkan hala tuju sebenar untuk menang dalam PRU-15. “Jangan […]

» Read more

KKM Jangka Trend Kes Positif COVID-19 Terus Meningkat

KOTA TINGGI, 2 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka kes positif COVID-19 mengalami trend peningkatan berikutan lebih banyak aktiviti pengesanan akan dilakukan selepas kerajaan mewajibkan semua pekerja asing di tapak pembinaan dan industri menjalani ujian saringan bermula semalam. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ujian saringan pekerja asing membabitkan 800,000 orang meliputi Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang […]

» Read more

Ingkar PKP: 1,388 Ditahan Pada Hari Pertama 2021

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Hari pertama 2021 semalam menyaksikan jumlah tangkapan tertinggi bagi kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu 1,388 individu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya daripada jumlah itu, 1,352 individu dikenakan kompaun manakala 32 individu direman dan empat individu dijamin. “Antara kesalahan ingkar arahan PKP ialah aktiviti pusat hiburan (623), gagal […]

» Read more

ADUN Rembia Sertai UMNO

JASIN, 2 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis hari ini menyertai UMNO, setelah sembilan bulan menjadi wakil rakyat Bebas selepas keluar daripada PKR. Penyertaan Muhammad Jailani, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, diumumkan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan sewaktu Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu di sini […]

» Read more

Pemuda Dan Puteri UMNO Perlu Terlibat Dalam Keusahawanan – Zahidi

PADANG BESAR, 2 Jan – Pemuda dan Puteri UMNO digalakkan supaya menceburi bidang keusahawanan bagi memajukan diri dan negara. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata UMNO Bahagian Padang Besar ingin memperkasa Pemuda dan Puteri UMNO dengan menggalakkan mereka menceburkan diri dalam bidang perniagaan. “Kita galakkan pemuda dan puteri UMNO di negeri ini terlibat dalam perniagaan kerana peluangnya […]

» Read more

UMNO Perlu Dihayati, Pastikan Golongan Muda Warisi Perjuangan Demi Agama, Bangsa, Negara – Jais

KLUANG, 2 Jan – Pemimpin dan ahli-ahli UMNO disarankan agar memahami isu politik dan menghayati kewujudannya agar perjuangannya dapat terus diwarisi kepada generasi yang seterusnya. Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday menyifatkan bahawa setiap anggota parti mempunyai peranan dan memahami tugas-tugas serta tanggungjawabnya sebagaimana adanya ketua, pengikut, petugas tertentu dan lain-lain peranan dalam kumpulan yang tujuannya untuk menjaga […]

» Read more

Vaksin COVID-19… Kenapa Malaysia Lambat? – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan kenapa Malaysia lambat dalam memberi vaksin kepada rakyat berbanding dengan negara-negara lain. Katanya, vaksin COVID019 Pfizer-BioTecNTech telah diluluskan sejak Dis lalu namun kenapa Malaysia lambat? “Malaysia bila lagi? Rakyat negara ini bila akan divaksin. Sejak Dis, kenapa Malaysia lambat? Beri jawapan yang tepat. WHO sahkan vaksin Pfizer […]

» Read more

PPBM Mesti Hentikan Segera ‘Curi’ Dan ‘Beli’ Ahli UMNO Jika Mahu Selamatkan Kerjasama

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian dan mendesak dihentikan segera sebarang usaha untuk bersaing mencuri dan membeli ahli antara satu sama lain jika masih ingin melihat kerjasama UMNO dan PPBM dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini diselamatkan. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika suasana hubungan UMNO-PPBM di akar umbi semakin panas dan getir lantaran […]

» Read more

Mesyuarat UMNO Norma Baharu, Anggota Parti Tetap Bersemangat Teruskan Perjuangan – Mahdzir

ALOR SETAR, 2 Jan – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri telah bermula semalam yang akan berlangsung secara serentak sehingga 3 Jan melibatkan 191 Bahagian dan dilaksana dalam norma baharu memandangkan COVID-19 masih menular. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, biarpun dalam norma baharu namun kehadiran perwakilan tetap bersemangat. “Kehadiran begitu ramai perwakilan walau dalam norma […]

» Read more

Perkuatkan UMNO, Untung Nasib Rakyat Hanya Terbela Apabila Parti Kuat – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 2 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru anggota parti untuk perkuatkan UMNO kerana untung nasib rakyat akan terbela apabila parti kuat. Katanya, ahli-ahli UMNO perlu utamakan perjuangan dan bukan perjuangan diri yang didahulukan. “Kepercayaan harus berjalan dua hala. Keyakinan dalam perjuangan adalah faktor kekuatan. Tidak ada jalan singkat dalam perjuangan, semuanya melalui liku-liku […]

» Read more
1 1,704 1,705 1,706 1,707 1,708 2,266