Banjir: Perak, Pahang, Terengganu, Selangor Catat Peningkatan, Johor Dan Kelantan Menurun

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Banjir di Perak, Pahang, Terengganu dan Selangor mencatatkan peningkatan jumlah mangsa pagi ini, manakala Johor dan Kelantan sedikit menurun. Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,237 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,011 orang petang semalam melibatkan empat buah daerah dengan kesemuanya ditempatkan di 13 pusat pemindahan. Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, […]

» Read more

SOP Dipatuhi, 189 Bahagian Selesai Bersidang – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersyukur kerana mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bagi empat peringkat yang melibatkan Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah dilaksanakan dengan baik. Ujarnya, sekitar 756 persidangan diadakan sepanjang tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu dan 189 bahagian selesai menyempurnakannya. “Syukur berjalan dengan baik. Tiada laporan ‘Kluster UMNO’ […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah, Tidak Perlu Bincang Soal Kerjasama Dengan Dap – Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Tidak relevan langsung isu kerjasama Dap untuk dibangkit dan dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi mahupun Perhimpunan Agong UMNO, tegas ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal lagi konsisten dan tegas bahawa Dap adalah parti chauvinis yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, […]

» Read more

Kerajaan Johor Pastikan PPS Dilengkapi Kemudahan Asas

JOHOR BAHRU, 5 Jan – Kerajaan Johor akan memastikan pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri berkenaan mempunyai kemudahan asas yang lengkap untuk menjaga kebajikan mangsa banjir yang terjejas di beberapa daerah, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad. “Saya berharap mangsa banjir banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Jangan bimbang, kerajaan akan menjaga kebajikan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan […]

» Read more

Ban Pecah Punca Banjir Besar Di Muallim Dan Hilir Perak

TANJUNG MALIM, 5 Jan – Banjir besar yang berlaku di daerah Muallim dan Hilir Perak dipercayai berpunca daripada ban tebatan banjir Sungai Slim di Slim River dan Sungai Bidor di Teluk Intan yang pecah akibat limpahan air susulan hujan berterusan semalam. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata ban tersebut sepatutnya berfungsi untuk mengelakkan banjir, namun arus deras menyebabkan ia […]

» Read more

Ahli UMNO Matang, Tiada Situasi ‘Panas’ Semasa Mesyuarat Perwakilan – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang berlangsung secara serentak di seluruh negara menyaksikan sikap matang ahli UMNO, walaupun ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dan keadaan politik yang rapuh. Perkara itu diakui oleh penganalisis politik, Md Shukri Shuib yang melihat perwakilan yang menyertai mesyuarat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP). “Wujud kesepakatan. Mereka ini boleh diurus […]

» Read more

PKPD Di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud Sabah Mulai Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah mulai esok sehingga 18 Jan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu bertujuan memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan lapangan dijalankan, serta menyekat penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti setempat. “Sidang khas hari ini mendengar pembentangan Kementerian […]

» Read more

Melaka Harap HSR Diteruskan Untuk Rancakkan Ekonomi, Pelancongan

ALOR GAJAH, 4 Jan – Kerajaan Negeri Melaka berharap projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang diumumkan penamatannya Jumaat lepas, dapat diteruskan bagi merancakkan kembali sektor ekonomi pelancongan negeri ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali berkata keputusan penamatan itu dikatakan sedikit mengganggu pelan pembangunan kemajuan negeri, termasuk pembinaan koridor ekonomi baharu iaitu Melaka Waterfront Economic Zone […]

» Read more

Mangsa Banjir Di Pahang, Terengganu Terus Meningkat, Johor Pula Menurun

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Keadaan banjir di Pantai Timur melibatkan Pahang dan Terengganu semakin buruk malam ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS), dilaporkan meningkat, manakala mangsa di Johor berkurangan sedikit berbanding petang tadi. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat malam ini kepada 3,979 orang daripada 1,223 keluarga berbanding 3,273 orang daripada 902 […]

» Read more

UMNO Johor Hormati Pendirian Pagoh, Pegang Teguh Usaha Muafakat

PONTIAN, 4 Jan – UMNO Johor menghormati pendirian UMNO Bahagian Pagoh berhubung pendirian mereka untuk bertanding di kawasan Parlimen tersebut, kata Pengerusinya, Datuk Ir Hasni Mohammad. “Walaupun hasrat UMNO Negeri Johor agar kerusi Parlimen Pagoh itu dikekalkan untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi kita menghormati keputusan UMNO Bahagian Pagoh yang hendakkan supaya ketiga-tiga kerusi termasuk di kerusi Parlimen […]

» Read more
1 1,702 1,703 1,704 1,705 1,706 2,266