Najmil Kecewa…Sepatutnya Parlimen Jayakan Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Exco Pemuda UMNO Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris melahirkann kekecewaan terhadap sesetengah pemimpin yang yang sengaja melambat-lambatkan sidang Parlimen dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Menurut beliau langkah pertama sewajarnya menyegerakan persidangan Parlimen supaya segala tuntutan rakyat dapat dicapai.

“Bukan melalui darurat atau MAGERAN. Tapi adalah memulihkan amalan demokrasi berperlembagaan kita. Sejujurnya kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang sengaja melambat-lambatkan sidang Parlimen dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

“Lebih kurang ajar ada yang mengatakan mendesak parlimen dibuka adalah sikap “binatang politik”. Ada juga yang kata bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah Dr Najmil sudah jelas Yang Di-Pertuan Agong menitahkan Parlimen perlu bersidang segera supaya segala isu dapat dibahaskan untuk kepentingan rakyat.

“Istilah “segera” pun kalau tak tahu lebih baik tak payah jadi pemimpin. Jangan lupa, rakyat pernah melabel kamu sebagai pengkhianat dulu, kini bakal bergelar ‘penderhaka’ pula.

“Pemuda UMNO berprinsip…kegagalan melaksana titah Yang Di-Pertuan Agong adalah satu bentuk penderhakaan yang jelas!

“Langkah pertama ialah menyegerakan persidangan Parlimen supaya segala tuntutan rakyat dapat dicapai,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.