COVID: 5,812 Kes Baharu, Kekal Lebih 5,000 Tiga Hari Berturut-Turut

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kes baharu COVID-19 di negara ini bagi tempoh 24 jam merekodkan sebanyak 5,812 kes, kekal melebihi angka 5,000 untuk tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak COVID-19 di Malaysia kini 722,659 kes.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,187 kes, diikuti Kuala Lumpur (771); Sarawak (673); Negeri Sembilan (658); Pulau Pinang (270) dan Melaka dengan 223 kes.

Sementara, Johor merekodkan 196 kes; Kedah (186); Sabah (156); Pahang (139); Labuan (123); Kelantan (98); Perak (72); Terengganu (46) dan Putrajaya (14), manakala Perlis sifar kes. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.