UMNO Tegas Pendirian Tolak Anwar Ibrahim Sebagai PM Dan Kerajaan ditunjangi DAP-PH

KUALA LUMPUR, 8 Julai – UMNO sekali lagi menegaskan pendirian untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government). Hal tersebut dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan bahawa keputusan ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020. […]

» Read more

Malaysia Anjur Persidangan Biodiversiti ASEAN

PUTRAJAYA, 7 Julai – Malaysia menganjurkan Persidangan Biodiversiti ASEAN 2021 (ACB2021) pada Isnin lepas, yang antara lain membincangkan tindakan dan usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam memulihara kepelbagaian biologi dan perkhidmatan ekosistem di peringkat ASEAN dan antarabangsa. Persidangan itu membincangkan topik mengenai Kerangka Biodiversiti Global Pasca-2020; hala tuju ASEAN pasca pemulihan pandemik; biodiversiti masa kini dan akan datang; mengarusperdanakan biodiversiti […]

» Read more

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Secara Maya Berlangsung Malam Ini – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bermesyuarat pada malam ini. Beliau memaklumkan selepas berakhirnya mesyuarat tersebut sidang media secara maya juga akan diadakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pemakluman hasil mesyuarat. “Mesyuarat MKT UMNO akan diadakan pada 7 Julai 2021 […]

» Read more

Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri – PMO

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO). Kenyataan itu turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan yang mengetuai Kluster Keselamatan […]

» Read more

Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2021

KOTA KINABALU, 7 Julai – Sabah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2021 pada 16 Sept depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa Penganjur Hari Malaysia peringkat Sabah berkata sambutan itu akan diadakan secara sederhana dan tertutup dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. Katanya […]

» Read more

Perak Sasar Beralih Ke Fasa Tiga PICK Minggu Depan – MB

IPOH, 7 Julai – Perak mensasarkan untuk beralih ke fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjelang awal minggu depan dengan memanfaatkan sepenuhnya 688,000 bekalan baharu vaksin yang dijangka diterima bulan ini. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata sasaran itu antara lain menetapkan supaya lebih ramai rakyat berusia 18 tahun ke atas di negeri itu menerima suntikan vaksin dos […]

» Read more

340,043 Dos Suntikan Vaksin Semalam – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Jumlah pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 340,043 dos diberikan semalam, iaitu angka tertinggi dalam sehari setakat ini. Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah itu, 133,286 merupakan pemberian dos kedua. “Sebanyak 206,757 dos pula adalah pemberian dos pertama bagi tempoh sama,” katanya. […]

» Read more

Malaysia Lepasi Sasaran 300,000 Dos Suntikan Vaksin Sehari

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sebanyak 313,761 dos suntikan vaksin diberikan semalam, menjadikannya sebagai jumlah tertinggi dalam sehari, sekali gus melepasi sasaran 300,000 dos suntikan sehari. Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 117,158 merupakan pemberian dos kedua. “Sebanyak 313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah itu, 196,603 […]

» Read more

Pemberian Vaksin Di Perlis Wajar Dipertingkat Untuk Beralih Ke Fasa Tiga PPN

BERA,6 Julai – Proses pemberian vaksin COVID-19 di Perlis wajar dipertingkat bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih cepat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Perlis, yang kini dalam Fasa Dua PPN, mampu mencapai kadar vaksinasi yang ditetapkan untuk beralih ke fasa seterusnya berdasarkan keluasan dan bilangan […]

» Read more

Sebanyak 112 Hospital Swasta Rawat Kes COVID-19

PUTRAJAYA, 6 Julai – Sebanyak 112 hospital swasta di seluruh negara memberikan kerjasama dalam pengurusan rawatan kes-kes COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dalam sidang media selepas melancarkan Laporan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi 2019-2020 secara maya hari ini, Dr Adham berkata hospital terlibat menyediakan 1,277 katil wad dan 129 katil Unit Rawatan […]

» Read more
1 … 1,691 1,692 1,693 1,694 1,695 … 2,370