Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Secara Maya Berlangsung Malam Ini – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bermesyuarat pada malam ini.

Beliau memaklumkan selepas berakhirnya mesyuarat tersebut sidang media secara maya juga akan diadakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pemakluman hasil mesyuarat.

“Mesyuarat MKT UMNO akan diadakan pada 7 Julai 2021 Rabu bermula 8.30 malam (hari ini) secara maya.

“Sidang media secara maya oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Facebook UMNO Online dan Facebook Barisan Nasional Comms akan diadakan selepas mesyuarat MKT,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau sebentar tadi. –UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.