Dap Jangan Campur Tangan, Ini Soal Keselamatan Negara – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap agar PDRM akan terus bertegas dan pimpinan Dap jangan menghalang atau menggunakan pengaruh tertentu untuk PDRM melaksanakan tugas mereka. Beliau berkata, ketegasan PDRM dalam tindakan berhubung penahanan dua ADUN Dap mesti diberikan pujian kerana soal keselamatan negara dan rakyat kita tidak boleh kompromi. “Maknanya, tidak kira […]

» Read more

Belanjawan 2020: PH Perlu Wujudkan Tindakan Proaktif, Pragmatik

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mewujudkan satu tindakan yang proaktif dan pragmatik dalam pembentangan Bajet 2020 hari ini. Katanya, adalah suatu tindakan yang proaktif dan pragmatik sekiranya dalam Bajet 2020 ini kerajaan berjaya mewujudkan apa yang disebut sebagai Dasar Pemisah (Exit Policy). “Dalam usaha untuk memastikan […]

» Read more

Januari 2020 Yang Mengerikan… Ada Cukai Baru Nak Dibayar – Ahmad

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menjangkakan tahun depan iaitu 2020 merupakan kedatangan bulan Januari yang mengerikan apabila beberapa cukai baru akan dilaksanakan. Menurut beliau setelah Good And Services Tax (GST) dihapuskan dan digantikan dengan Sales And Services Tax (SST), kerajaan terpaksa mencari jalan keluar kepada kekangan pendapatan dengan memperkenalkan cukai-cukai baru. “Satu cukai […]

» Read more

Belanjawan 2020: Jangan Pinggirkan Sabah, Tunai Janji Royalti Minyak – Rahman

KOTA KINABALU, 11 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata walaupun janji untuk memberikan 20 peratus royalti minyak nampak mustahil untuk ditunaikan seperti mana janji-janji lain Pakatan Harapan (PH), tetapi beliau berharap Bajet 2020 Sabah tidak akan dipinggirkan malah akan terus diberi keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan. Kata Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran itu, Kerajaan […]

» Read more

Gagal Jadi Menteri Kewangan, Guan Eng Nak Jadi Hakim Pula… Bidas Zahida

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menempelak Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng yang ternyata gagal menjadi Menteri Kewangan kini bertindak seolah-olah mahu menjadi hakim pula. “Mahkamah mana yang putuskan dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Dap yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam sebagai tidak bersalah? “Kalau kena […]

» Read more

Subsidi Petrol: Terkejut, Marah, Terhina… PH Gagal Bela Rakyat Sabah

KUALA LUMPUR 11 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Raime Unggi menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal membela rakyat Sabah termasuk hak untuk mendapatkan harga minyak yang lebih murah sama ada petrol mahupun diesel. Beliau merasa hairan bagaimana PH boleh melaksanakan dasar demikian sedangkan Sabah adalah salah satu negeri pengeluar minyak terbesar tetapi dikecualikan daripada mendapat subsidi […]

» Read more

Tiada Bajet Alternatif, Pembangkang Fokus ‘Budget Respons’ – Khairy

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Jawatankuasa Portfolio (JKP) Kewangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata BN pada tahun ini tidak akan mengeluarkan belanjawan alternatif sebaliknya akan fokus dalam memberi respons (budget response) kepada belanjawan 2020 yang akan dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). “Amalan ‘budget response’ atau ‘opposition reply’ seperti mana yang dilakukan di negara berparlimen lain akan memberi […]

» Read more

Melayu/Bumiputera ‘Terbangsat’ Di Bumi Sendiri… Inikah Yang Diharap Dari PH?

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Inikah yang ramai pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) inginkan? Inilah persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Kedah, Sharifah Nashatul Syameera ekoran pelbagai insiden dan tindakan yang menimpa rakyat dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sekarang ini. Katanya, setahun yang lalu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) antara jabatan pertama dikuburkan atas alasan lantikan politik, […]

» Read more

Tidak Wajar Samakan Perjuangan Palestin Dan Rohingya Dengan Pengganas LTTE

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Adalah amat tidak wajar bagi 16 pemimpin India Dap dan PKR yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, dalam kenyataan bersama mereka mengkritik penangkapan tujuh individu termasuk dua pemimpin besar Dap bertaraf Exco dan ADUN, yang cuba menyamakan perjuangan Kumpulan Pengganas Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dengan perjuangan rakyat Palestin dan […]

» Read more

PH Memerintah Habis Aset Khazanah Dijual – Najib

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata semenjak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, habis aset Khazanah dijual. Katanya semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negara Khazanah tidak pernah mengalami kerugian dan telah dapat pulangan sebanyak 4 peratus. “Zaman kepimpinan BN nilai aset bersih Khazanah telah meningkat 3.5 peratus sebanyak lima kali peningkatannya […]

» Read more
1 1,612 1,613 1,614 1,615 1,616 1,910