Melayu/Bumiputera ‘Terbangsat’ Di Bumi Sendiri… Inikah Yang Diharap Dari PH?

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Inikah yang ramai pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) inginkan? Inilah persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Kedah, Sharifah Nashatul Syameera ekoran pelbagai insiden dan tindakan yang menimpa rakyat dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sekarang ini.

Katanya, setahun yang lalu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) antara jabatan pertama dikuburkan atas alasan lantikan politik, tetapi hakikatnya, lantikan adalah berdasarkan tatacara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Perlu menghadiri temuduga, jawab ‘test’ yang diperuntukkan, dan gaji bermula selepas tiga bulan berkerja, tetapi … ramai berkata JASA adalah lantikan politik kerana jabatan tersebut dikatakan agen untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Pada hakikatnya, jabatan tersebut telah mengangkat sumpah untuk berkerja di bawah kerajaan memerintah dan antara tugas mereka ialah menjadi mata, telinga kerajaan dan menjadi mulut rakyat untuk bersuara kembali kepada kerajaan pada isu-isu rakyat yang perlu diselesaikan oleh kerajaan memerintah,” katanya dalam kepada UMNO Online.

Kini, katanya, Utusan Malaysia menerima nasib yang sama apabila akhbar Melayu yang paling lama bertahan akhirnya terkubur ekoran pemerintahan kerajaan yang baru diambil dan akibatnya 800 kakitangan akhbar paling lama dalam negara hilang punca pendapatan .

“Antara sebabnya, halangan untuk menjual akhbar tersebut di sekolah dan agensi kerajaan seperti dahulu sedangkan banyak sebenarnya kolum maklumat yang baik dalam akhbar Utusan untuk dibaca oleh orang ramai .

“Namun, atas sebab meletakan imej bahawa Utusan adalah lidah rasmi UMNO maka ianya telah mendapat halangan terus dari kerajaan sekarang. Benarlah kata PM ke-6, maka terbangsatlah Melayu apabila UMNO tidak lagi memerintah.

“Inikah kehidupan yang kita nak? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan apa yang dialami oleh mereka yang menerima akibat dari pengundi yang tersalah pilih dalam PRU-14 dahulu.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.