Jumlah Pemberian Vaksin Lebih 15 Juta Dos Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 kini 15,517,866 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga 11.59 malam tadi, merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama manakala 163,072 penerima dos kedua. “Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak  […]

» Read more

Penularan COVID-19 Pengajaran Kepada Kerajaan, Sistem Kesihatan Perlu Dipertingkat – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Kerajaan perlu mengambil iktibar dalam mengurus tadbir penularan pandemik COVID-19 untuk ditangani sebaiknya bagi jangka masa panjang, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Jelas beliau, kepimpinan dalam kerajaan jangan sesekali mendabik dada dan mengatakan penyelesaian sudah dicapai kerana virus mungkin akan datang kembali bergantung kepada naratif persekitaran. “Ini bermaksud selepas dua atau tiga bulan […]

» Read more

14 Juta Dos Vaksin Sinovac Akan Dijual Kepada Syarikat Swasta, Negeri, Mulai Bulan Ini

SHAH ALAM, 21 Julai – Sebanyak 14 juta dos vaksin Sinovac akan dijual Pharmaniaga Bhd kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penjualan vaksin secara terus kepada pihak yang berminat itu telah mendapat kebenaran Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan diyakini […]

» Read more

Tiga Lokaliti Di Pahang Dan Satu Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai Jumaat Ini – TPM

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan ke atas tiga lokaliti di Pahang dan satu di Sabah selama dua minggu bermula Jumaat ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Pahang ia melibatkan Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin; dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, manakala di […]

» Read more

YKI Sumbang Peralatan Bernilai RM45,000 Kepada HTAR – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Pengerusi Yayasan Kebajikan Insan (YKI), Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mengambil inisiatif menghulurkan bantuan peralatan bernilai RM45,000 kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebagai salah satu langkah menyokong petugas kesihatan yang berhadapan cabaran besar dalam memerangi COVID -19. Jelasnya, antara sumbangan yang disampaikan ialah mesin penapis air, pelitup muka pembedahan, kerusi, cecair pembasmi […]

» Read more

COVID-19: 14.6 Peratus Populasi Lengkap Dua Dos Suntikan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Seramai 4,769,909 individu iaitu 14.6 peratus populasi rakyat di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 hingga 11.59 malam tadi. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata seramai 10,301,905 individu telah menerima dos pertama, yang menyaksikan jumlah pemberian vaksin itu di seluruh negara kini mencecah 15,071,814 dos suntikan. “Jumlah ini termasuk suntikan […]

» Read more

Misi Kemanusiaan UMNO Berjaya Laksana 65 Peratus, Pulang Sementara Menanti Memasuki Gaza

KAHERAH, 21 Julai – Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin (HM4P) oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) telah berjaya melaksanakan 65 peratus daripada keseluruhan misi yang dirancang dengan kejayaan terbesar adalah menyalurkan bantuan kepada Masjid Al-Aqsa. Pengerusi BKUM merangkap ketua misi terbabit, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan bahawa untuk melaksanakan misi seterusnya iaitu memasuki Gaza dan menyampaikan sendiri bantuan […]

» Read more

Tabung Haji… Tangguh Dahulu Hasrat Letak Di Bawah BNM Sehingga RCI Selesai – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar kerajaan menangguhkan dahulu hasrat bagi meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia. Katanya, keputusan tersebut perlu ditangguh sehingga Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) selesai menjalankan siasatan. “Tangguh dulu keputusan meletakkan Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia sehingga Suruhanjaya […]

» Read more

TPM Nasihat HM4P Pulang Ke Malaysia Berikutan Keadaan Tidak Menentu Di Gaza

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang kini berada di Kaherah, Mesir untuk pulang dahulu ke Malaysia berikutan keadaan di Gaza yang masih tidak menentu. Nasihat itu disuarakan Ismail Sabri semasa video konferensi beliau bersama pasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin itu yang diketuai Pengerusi Biro […]

» Read more

PKPD Di Lapan Lokaliti, 38 Premis Termasuk Kilang Diarah Tutup – TPM

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di enam lagi lokaliti di Sabah dan dua lokaliti di Sarawak bermula Khamis ini hingga 4 Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata PKPD di Sabah melibatkan empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kilang Papan Lusera Telipok, Kampung Mogiding Malawa dan Kuarters Pekerja […]

» Read more
1 1,579 1,580 1,581 1,582 1,583 2,270