Ahmad Zahid Tegaskan UMNO/BN Paling Berkredibiliti Tolak Idealisme Dap, Tak Pernah Bersekongkol Seperti Parti Lain

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) adalah parti politik yang paling berkredibiliti dan diyakini dalam menolak idealisme Dap.

Jelasnya, kerajaan UMNO/BN yang utuh sentiasa mempertahankan kepentingan Melayu Islam tanpa mengenepikan hak kaum lain.

“Jika benar bimbangkan Dap kembali berkuasa marilah memastikan kemenangan mutlak UMNO/BN, kerana dalam soal itu pendirian UMNO/BN terbukti paling ‘credible’, ‘capable’ dan ‘consistent’.

“Sepakat bahawa kriteria kebolehmenangan (winnable), kebolehterimaan (acceptable) dan kebolehsenangan (likable) akan digunakan untuk memilih calon yang sesuai,” katanya berkaitan hal terbabit menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujarnya yang juga Pengerusi BN, sejarah politik tanah air menyaksikan UMNO/BN parti politik yang teguh menolak idealisme Dap.

“UMNO/BN malah tidak pernah menjalin kerjasama politik dengan Dap dalam apa bentuk keadaan sekali pun.

“Semasa PRU-14 UMNO melawan Dap sedangkan PPBM ketika itu ke sana ke sini menjulang parti Dap.

“UMNO/BN mengingatkan rakyat apakah itu Dap, PPBM menghasut orang Melayu di kampung dan bandar mengundi Dap.”

Dalam hal ini beliau menyorot selepas PRU-14 apabila UMNO/BN tetap menolak Dap namun PPBM pula bersekutu dan berusaha mempertahankan Dap.

“PPBM meninggalkan Dap hanya selepas sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada mereka merosot teruk.

“Pemimpin UMNO/BN tidak pernah sanggup mengadakan sidang media secara ‘live’ merayu talian hayat Dap untuk kekal berkuasa.

“Rumusannya UMNO/BN adalah parti politik yang paling berkredibiliti dan diyakini dalam menolak idealisme Dap berbanding parti politik yang bersengkongkol dengan Dap untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN pada 2018,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.