Dewan Negara Bertafakur Peringati Pemergian Muhammad Adib

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Dewan Negara hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi akibat cedera parah selepas dipercayai diserang dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas. Muhammad Adib, 24, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada […]

» Read more

Sultan Selangor Zahir Takziah Kepada Keluarga, Waris Adib

SHAH ALAM, 18 Dis – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan takziah kepada keluarga dan waris anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi susulan kecederaan yang dialami akibat diserang perusuh semasa insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 Nov lalu. Titah baginda pemergian Allahyarham amat dirasai oleh seluruh rakyat dan baginda percaya […]

» Read more

Wanita UMNO Gesa Hukuman Keras

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Pergerakan Wanita UMNO menggesa agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara menyempurnakan siasatan terhadap kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24. Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, sekiranya terbukti wujudnya elemen jenayah, undang-undang perlu ditegakkan dan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematian itu mesti dihadapkan ke muka […]

» Read more

Keadilan Untuk Adib : Dakwa Ganabatirau, P. Waytha Moorthy dan Tiga Menteri Lain

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pemuda UMNO juga mendesak agar pihak Peguam Negara segera mengambil tindakan tegas terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau dan empat orang Menteri lain termasuk Menteri Perpaduan P Waytha Moorthy, M Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jaykumar, dengan mendakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dengan niat mengaibkan […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Seru Kerajaan Terus Siasatan Demi Keadilan

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi. “Takziah kepada seluruh ahli keluarga Muhammad Adib, diharapkan tabah menghadapi ujian ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama […]

» Read more

Semua Pemimpin, Ahli UMNO Mesti Bersama Kukuhkan Parti – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyeru semua pimpinan dan ahli UMNO di pelbagai peringkat untuk bersama dalam mengukuhkan parti di waktu ini. Tegasnya ketika inilah kematangan dan kebijaksanaan semua ahli parti diuji dalam menyelesaikan suatu krisis. “Elakkan mengeruh lagi keadaan dan kita jangan lari daripada fokus perjuangan asal kita. Eloklah dihentikan perkara […]

» Read more

Penghijrahan Wakil Rakyat UMNO Bersifat Sementara Dan ‘Tactical’ – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata penghijrahan keluar wakil rakyat UMNO adalah bersifat sementara dan sesetengahnya adalah ‘tactical’. Jelas beliau, senario ini tidak seharusnya merencatkan proses ‘reinventing’ UMNO malah dari satu sudut ianya membantu memudahkan proses tersebut. “Sebelum bertemu PRU-15, sekurang-kurangnya sekali lagi proses ‘internal cleansing’ akan berlaku. PRU-15 UMNO akan dipimpin generasi […]

» Read more

Apakah Tauliah Penceramah Agama Kini Di Bawah Gobind Singh Deo?

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Jelaslah bahawa kebebasan bersuara yang selama ini diuar-uarkan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanyalah omongan kosong yang terpakai untuk kelompok sendiri sahaja, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Malah katanya, lebih teruk lagi apabila Kerajaan PH menipu kononnya mahukan penceramah agama yang ‘non-partisan’ tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. “Terkesima saya membaca surat […]

» Read more

UMNO Selangor Kecam Tindakan Ahli Parlimen Sabak Bernam Keluar Parti

SHAH ALAM, 17 Dis – Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor mengecam tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang mengambil tindakan keluar parti. Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah amat tidak wajar dan ia satu pengkhianatan kepada para pengundi dan jentera UMNO yang bersusah payah bekerja untuknya pada Pilihan Raya […]

» Read more

Sokongan ADUN, Ahli Parlimen UMNO Masih Kuat Di Pahang

KUANTAN 17 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen UMNO serta Barisan Nasional (BN) di negeri ini masih memberi sokongan kuat terhadap parti berkenaan. Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau yakin mereka tetap dengan UMNO dan BN walaupun dikatakan terdapat usaha untuk ‘membeli’ mereka. Bagaimanapun kata beliau, pihaknya akan mengambil perhatian terhadap […]

» Read more
1 1,578 1,579 1,580 1,581 1,582 1,663