Sokongan ADUN, Ahli Parlimen UMNO Masih Kuat Di Pahang

KUANTAN 17 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen UMNO serta Barisan Nasional (BN) di negeri ini masih memberi sokongan kuat terhadap parti berkenaan.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau yakin mereka tetap dengan UMNO dan BN walaupun dikatakan terdapat usaha untuk ‘membeli’ mereka.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya akan mengambil perhatian terhadap pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan ada gerakan berkenaan.

“Kita ambil perhatian dan saya yakin ADUN dan ahli Parlimen (di Pahang) masih memberi sokongan yang kuat terhadap BN serta UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam negeri di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ditanya

kenyataan Ahmad Zahid semalam bahawa telah gerakan untuk membeli ahli Parlimen dan ADUN Pahang untuk berpaling tadah seterusnya menjatuhkan pentadbiran BN di negeri ini.

Beliau dilaporkan berkata, telah ada gunting dalam lipatan yang mengugut dan memujuk ahli Parlimen dan ADUN agar kerajaan BN Pahang tumbang. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.