Coronavirus: Kerajaan Harus Sekat Kemasukan Pelancong China – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Wanita UMNO Malaysia mendesak kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk segera menghalang kemasukan Pelancong China khususnya dari Wuhan bagi membendung penularan wabak coronavirus. Jelas ketuanya Datuk Dr. Noraini Ahmad, Kerajaan seharusnya lebih prihatin dan mementingkan nyawa rakyat Malaysia memandangkan rekod telah menunjukkan tiga nyawa melayang kerana virus ini. “Adakah kerajaan lebih mementingkan Tahun Melawat […]

» Read more

Muafakat Nasional Suatu Gerakan Massa Baru Untuk Masa Hadapan – Zahid

BAGAN DATUK, 26 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Muafakat Nasional adalah suatu tujuan yang menyandarkan harapan rakyat kerana manifesto Pakatan Harapan (PH) yang tidak dapat dilaksanakan. Katanya, di dalam interpretasi Muafakat Nasional ini jelas bahawa rakyat ingin menuntut apa yang dijanjikan dan juga bantahan atas keresahan yang memuncak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. […]

» Read more

Tegakkan Keadilan Dari Kemungkaran Pimpinan PH – Hadi

BAGAN DATUK, 26 Jan – Presiden PAS, Datuk Seri Abduk Hadi Awang menjelaskan bahawa umat Islam harus menegakkan keadilan dari kemungkaran yang telah berlaku dan menyebabkan negara ini menerima musibah dari pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Katanya, inilah yang rakyat hadapi hari ini kerana PH gagal menunaikan janji dan pentadbirannya seakan-akan semakin melupakan kepentingan rakyat. “Musibah yang menimpa negara dan […]

» Read more

UMNO-PAS Tidak Akan Toleh Ke Belakang, Terus Melangkah Demi Rakyat – Saarani

BAGAN DATUK, 26 Jan, Pengerusi UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata Konvensyen Muafakat Nasional memberi gambaran yang jelas bahawa UMNO dan PAS akan terus melangkah ke hadapan demi kesejahteraan rakyat. Jelas beliau, walaupun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir gagal mentadbir negara dan beliau juga tidak mahu membubarkan Parlimen, namun semangat UMNO dan PAS akan diteruskan demi perjuangan perhimpunan bersama. […]

» Read more

Letaklah Jawatan… Guan Eng Penyebab Utama PH Gagal Tadbir Negara

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Amin Shukor menganggap antara punca utama Pakatan Harapan (PH) gagal mentadbir negara ini dengan baik adalah kerana negara mempunyai seorang Menteri Kewangan yang sering silap mengira dan tersalah titik perpuluhan. Katanya, PRU-14 menjadi saksi rakyat dibuai mimpi indah dengan pelbagai janji manis dan perubahan positif yang dijanjikan oleh PH […]

» Read more

Nasib Palestin Dan Rakyatnya Sentiasa Menjadi Keutamaan UMNO – Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan delegasi Hamas yang diketuai Ismael Haniyya. Dalam pertemuan 40 minit itu, kedua-dia pihak berbincang serta bertukar-tukar pandangan mengenai nasib masa depan rakyat Palestin serta pendirian UMNO mengenainya. Ismael yang kali pertama ke Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad […]

» Read more

Batal PSS: Kerajaan Negeri Sabah Akhirnya Akur Desakan Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pembatalan Pas Sementera Sabah (PSS) sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah hasil desakan rakyat negeri itu yang merasakan PSS tidak harus dilaksanakan. Sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah, Dr Ahmad Zahid turut mengulangi pendiriannya yang […]

» Read more

LGE Bukan Malas Nak Layan Tapi Tak Tahu Apa Boleh Dijawab…

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menganggap Lim Guan Eng (LGE) tidak tahu apa yang boleh dijawab kepada pelbagai kenyataan daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana yang disebut penuh dengan fakta. Beliau berkata demikian berikutan kenyataan LGE yang mendakwa ‘sudah malas melayan Najib’ berhubung kutipan cukai 2018. “Lim […]

» Read more

Presiden UMNO Rakam Takziah, Tan Sri Aziz Meninggal Dunia

  KUALA LUMPUR, 23 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, 86, yang meninggal dunia malam tadi. “Al-fatihah. Pemergian Tan Sri Aziz Abdul Rahman seorang peneraju Malysia Airlines di zaman kegemilangan syarikat penerbangan negara,” kata Zahid menerusi laman Facebooknya hari […]

» Read more

Warisan Gelabah ‘U-Turn’, Bukti Nilai Dan Kuasa Rakyat – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan – “Sekarang, bila rakyat dah suarakan ketidakpuasan hati mereka ke dalam peti undi, baru gelabah nak ‘U-turn’ (pusingan-U)? Demikian soal Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein merujuk kepada tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berkata pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) dibatalkan. “Ini pengajaran paling berguna buat Pakatan Harapan (PH)-Warisan supaya jangan […]

» Read more
1 1,552 1,553 1,554 1,555 1,556 1,908