Presiden UMNO Rakam Takziah, Tan Sri Aziz Meninggal Dunia

 


KUALA LUMPUR, 23 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, 86, yang meninggal dunia malam tadi.

“Al-fatihah. Pemergian Tan Sri Aziz Abdul Rahman seorang peneraju Malysia Airlines di zaman kegemilangan syarikat penerbangan negara,” kata Zahid menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dilaporkan, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Aziz iaitu bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd meninggal dunia akibat komplikasi kanser.

Allahyarham yang menghidap kanser esofagus, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dan jenazah di bawa ke Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, di sini pada pukul 9 pagi untuk disolatkan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Abdul Aziz mula menyertai syarikat penerbangan itu pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/ Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang MAS, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 1982 dan bersara pada 1991. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.