Poket Rakyat Semakin Parah… Kenapa Tiada Kelihatan Pelan Tindakan Kawal Harga Barang?

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pemuda UMNO menuntut jawapan tuntas daripada kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengurus dan mengawal kenaikan harga barangan pengguna. Pengarah Komunikasinya Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mempersoalkan mengapa tiada kelihatan pelan tindakan mengatasi masalah ini. “Apakah yang kementerian sedang lakukan atau hanya sekadar membiarkan pasaran menentukan harga? […]

» Read more

Elaun Akan Dibayar Kepada JKKK Sarawak Mulai 2022

MIRI, 25 Nov – Pembayaran elaun kepada setiausaha, pengendalian dan kehadiran mesyuarat bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sarawak akan dilaksanakan mulai Januari 2022. Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Mahdzhir Khalid berkata keputusan itu dimuktamadkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pada 19 Nov lepas. Bagi tujuan itu katanya, peruntukan berjumlah lebih RM44 juta setahun disediakan untuk pembayaran […]

» Read more

Memacu Agenda Pertumbuhan Hijau Penting Untuk Kesejahteraan Negara, Rakyat – PM

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agenda pertumbuhan hijau suatu yang amat penting bagi mencapai pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial. “Dalam usaha mencapai persekitaran hijau dan lestari, kerajaan perlu melaksanakan strategi yang tepat dan pragmatik untuk membasmi kemiskinan tegar, kebuluran dan ketidaksamaan,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-13 (ASEM13) secara […]

» Read more

Tiga KPI Utama KKMM Dicapai

PUTRAJAYA, 25 Nov – Tiga petunjuk prestasi utama (KPI) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang dirancang bagi Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari pertama telah dapat dicapai 100 peratus, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa. Tiga KPI itu ialah membuka semula aktiviti industri kreatif; pelancaran Pakej Peranti serta Pakej Remaja Keluarga Malaysia; dan penawaran geran, dana dan skim insentif kepada perusahaan kecil dan […]

» Read more

Malaysia Bekerjasama Dengan Rakan ASEM Untuk Laksana VTL – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Malaysia ketika ini sedang bekerjasama dengan beberapa rakan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) seperti Singapura dan Indonesia untuk melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL). Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau berharap dengan penyambungan semula pergerakan penduduk antara negara akan membantu meningkatkan ekonomi, menghidupkan semula mata pencarian dan menyambung kembali hubungan silaturrahim. “Matlamat utama kami […]

» Read more

SOP PRN Sarawak Ke-12 Akan Dimuktamadkan 30 Nov Ini

SEREMBAN, 25 Nov – Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah diadakan tengah hari tadi mengenai pelaksanaan SOP berkenaan, dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang telah ditugaskan menyelaras perkara itu dengan kerajaan […]

» Read more

MOSTI Capai KPI 100 Hari, Media Turut Bantu – Dr Adham

PUTRAJAYA, 25 Nov – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini memaklumkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mencapai tiga petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dalam 100 hari pertama. Beliau berkata pencapaian KPI itu telah dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sesi ‘Report Card Day’ di Parlimen semalam. Dr […]

» Read more

Kerajaan Sarawak Proaktif Dalam Soal Penyediaan Perumahan Rakyat – Reezal Merican

KOTA SAMARAHAN, 25 Nov – Kerajaan Sarawak adalah kerajaan yang proaktif dan ke hadapan dalam soal penyediaan perumahan kepada rakyat, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata program dan skim perumahan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak seperti Program Perumahan Spektra Permata, Program Pinjaman Rumah Panjang dan Skim Bantuan Rumah Sewa membantu rakyat yang […]

» Read more

Masih Berbincang? Sepatutnya Mesti Proaktif Kawal Harga Barang Keperluan Asas

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih berbincang bagi membendung kenaikan harga barangan keperluan rakyat pasca pandemik dan menjelang musim hujan ini. Dr Asyraf memberi reaksi demikian mengenai sebuah laporan berita mengenai perbincangan KPDNHEP bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian […]

» Read more

12,000 Graduan Bakal Mendapat Manfaat Program MoHE x Shopee : Siswa Mall

SHAH ALAM, 25 Nov – Kira-kira 12,000 graduan bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan program MoHE x Shopee: Siswa Mall yang menyediakan latihan dalam aspek e-dagang serta kemahiran berniaga secara dalam talian kepada para graduan institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Jumlah tersebut merangkumi 5,000 graduan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA); 5,000 graduan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS); dan 2,000 graduan […]

» Read more
1 … 1,551 1,552 1,553 1,554 1,555 … 2,364