UMNO-PAS Tidak Akan Toleh Ke Belakang, Terus Melangkah Demi Rakyat – Saarani

BAGAN DATUK, 26 Jan, Pengerusi UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata Konvensyen Muafakat Nasional memberi gambaran yang jelas bahawa UMNO dan PAS akan terus melangkah ke hadapan demi kesejahteraan rakyat.

Jelas beliau, walaupun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir gagal mentadbir negara dan beliau juga tidak mahu membubarkan Parlimen, namun semangat UMNO dan PAS akan diteruskan demi perjuangan perhimpunan bersama.

“Himpunan UMNO dan PAS ini adalah satu isyarat yang jelas iaitu UMNO dan PAS negeri Perak tidak akan berpatah balik ke belakang dan kami akan meneruskan perhimpunan ini walau apapun terjadi. Lagi lambat bubar Parlimen lagi lama kami akan teruskan lakukan perhimpunan.

“Kami membawa persepsi positif terhadap Muafakat Nasional di kalangan pengundi, kami menjelaskan sikap negatif Pakatan Harapan (PH) terhadap pengundi dan yang terakhir kita memperkasakan jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Muafakat Nasional yang efisien untuk mendaftarkan pengundi, merayu undi dan menggerakkan pengundi ke tempat mengundi,” katanya semasa berucap dalam Konvensyen Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perak, semalam.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Naib Presiden PAS, Datuk Dr Idris Ahmad; Pengerusi Muafakat Kebangsaan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mat Nazari Ahmad Dahlan; Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN).

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan turut menjelaskan sekiranya Muafakat Nasional ini gagal dipertahankan kemungkinan pengagihan kerusi akan bermasalah.

“Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan Muafakat Nasional ini adalah jika ikatan terlalu longgar, iaitu permasalahan pengagihan kerusi-kerusi. Penolakan ahli-ahli terhadap ta’awun dan yang terakhir tindakan sabotaj kepada parti,” tegasnya.

Dalam pada itu, menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menegaskan terdapat tiga formula yang baik untuk menundukan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Terdapat formula-formula yang boleh di laksanakan iaitu yang pertama adalah menanamkan dalam minda bahawa kerajaan PH wajib dijatuhkan pada PRU yang akan datang dan merumuskan satu formula menang dengan formula Muafakat Nasional.

“Insya-Allah pada PRU akan datang kita kumpulkan daripada PAS dan UMNO dan apabila masuk peti undi mKa kita semua dan pengundi akan mengundi calon Muafakat Nasional,” tegasnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.