Kenyataan Berbaur Rasis, Wanita UMNO Tuntut Guan Eng Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Wanita UMNO Malaysia membidas kenyataan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng yang seakan-akan cuba menakut-nakutkan rakyat Malaysia berkaitan kerjasama UMNO dan PAS. Ketuanya Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, seharusnya sebagai seorang yang memegang portfolio penting dalam kerajaan, Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan tidak sepatutnya mempercayai cerita tidak benar mengenai Pakatan Nasional […]

» Read more

Kadar Pertumbuhan Terendah, Guan Eng Gagal Pastikan Ekonomi Negara Ampuh Cabaran Global

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak boleh berterusan menyalahkan perang dagang Amerika Syarikat-China atau geopolitik penyebab pertumbuhan ekonomi negara semakin merudum. Bahkan ujarnya dalam satu hantaran di Facebook, Guan Eng itu sendiri yang gagal berperanan dan memastikan ekonomi Malaysia ampuh dengan cabaran global. “Menteri […]

» Read more

Tuduhan Tunjuk ‘Kebodohan’ Sendiri, Guan Eng Takut Bayang Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata kenyataan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng adalah satu tuduhan yang cukup jahat. Katanya, Guan Eng disifatkan kurang ajar sekaligus menggambarkan beliau ketakutan kerjasama UMNO dan PAS serta memberi ancaman terhadap kaum-kaum lain. “Guan Eng menggambarkan kerjasama UMNO dan PAS akan menyebabkan orang Islam akan mendominasi […]

» Read more

Guan Eng Timbulkan Racism, Islamophobia… Punca Kemelut Ekonomi Rakyat, Negara – Annuar

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menganggap kenyataan Lim Guan Eng yang menghina parti-parti politik orang Melayu dan Islam akan menyebabkan kebencian semua kaum dan agama terhadap Dap. Katanya, kenyataan Setiausaha Agung Dap itu kini dilihat menimbulkan racism dan islamophobia serta punca kepada kemelut ekonomi rakyat dan negara. “Kenyataan Lim Guan Eng yang menghina […]

» Read more

Larikan Diri Hantar Pemimpin Pan Jaga Ikan Debat Isu TH… Itu Politik Murahan, Selar Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang lari dari berdialog secara ilmiah berkaitan pelbagai tuduhannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung isu Tabung Haji (TH). Bahkan bidas Dr Asyraf, hakikatnya menghantar Ahli Jawatankuasa Pan, Muhammad Faiz Fadzil, yang jaga hal […]

» Read more

Guan Eng Berpenyakit Islamophobia, Melayuphobia… Jangan Langkau Kesabaran Melayu/Islam – Reezal

KEPALA BATAS, 11 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tegas memberi peringatan buat Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng agar pelihara lidah sebelum menyemarakkan kemarahan rakyat. Gesa Reezal, Guan Eng perlu tarik balik segala kenyataan biadap lagi dungu sebelum ia mendatangkan kemarahan luar biasa rakyat kerana dalam berpolitik ada batasnya dan Menteri […]

» Read more

Berniat Jahat: Veteran UMNO Dan Assabiqun PAS Desak Guang Eng Dipecat

  KUALA LUMPUR, 11 Feb – Veteran UMNO bersama-sama Assabiqun PAS Malaysia menyelar kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai kononnya bakal diwujudkan Pakatan Nasional yang disifatkan berbaur hasutan, berniat jahat dan boleh mengancam perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu mengambil tindakan segera dengan memecat Guan Eng kerana […]

» Read more

Parah Sungguh Imaginasi Guan Eng! Jangan Apikan Politik Perkauman Dan Kebencian – Pemuda MIC

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Pemuda MIC Kebangsaan menggesa Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng berhenti dari terus meresahkan rakyat dengan propaganda politiknya. Bidas Ketuanya Thinalan T Rajagopalu, apa yang jelas kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin hari makin goyah dengan pelbagai krisis dan skandal serta hala tuju negara juga tidak stabil dengan kepincangan pentadbiran mereka. “Demi menyelamatkan posisi dan kuasa, […]

» Read more

UMNO-PAS Fokus Muafakat Nasional, Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO dan PAS tidak pernah berbincang berkaitan Pakatan Nasional sebaliknya membincangkan Muafakat Nasional untuk terus diperkasa. Katanya, Muafakat Nasional perlu dijiwai oleh semua orang memandangkan ada yang masih melihatnya sebagai konsep sahaja dan tidak berapa pasti hala tujunya sedangkan Muafakat Nasional adalah muafakat bersama. “Kita akan menubuhkan […]

» Read more

Apa Jadi Janji 1 Juta Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat? 150 Ribu Warga Pakistan PH Bawa Masuk

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar hentikan kemasukan warga asing. Kata Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, PH perlu hentikan sandiwara dan berterusan menipu rakyat demi kepentingan yang hanya akan membawa mudarat kepada negara ini. “Pemuda UMNO ingin bertanya kepada PH, apa sudah jadi dengan janji PH berkenaan peluang pekerjaan untuk […]

» Read more
1 1,545 1,546 1,547 1,548 1,549 1,907