Guan Eng Timbulkan Racism, Islamophobia… Punca Kemelut Ekonomi Rakyat, Negara – Annuar

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menganggap kenyataan Lim Guan Eng yang menghina parti-parti politik orang Melayu dan Islam akan menyebabkan kebencian semua kaum dan agama terhadap Dap.

Katanya, kenyataan Setiausaha Agung Dap itu kini dilihat menimbulkan racism dan islamophobia serta punca kepada kemelut ekonomi rakyat dan negara.

“Kenyataan Lim Guan Eng yang menghina parti-parti politik orang Melayu dan Islam yang mempunyai hampir lima juta ahli menyebabkan kebencian rakyat semua kaum dan agama semakin benci dengan Dap yang kini dilihat menimbulkan racism dan islamophobia serta punca kepada kemelut ekonomi rakyat dan negara,” katanya dalam ciapan menerusi Twitter beliau.

Dilaporkan, dua hari lalu Guan Eng mengeluarkan kenyataan berhubung polemik isu penubuhan Pakatan Nasional oleh PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibimbangi akan mengundang bahaya kerana ia adalah satu pakatan yang didominasi oleh Muslim dalam kerajaan Persekutuan dan menimbulkan permusuhan terbuka dengan orang bukan Islam malah menganggap negara ini akan ditarik ke zaman gelap selain melihat kerjasama UMNO-PAS dianggap berbahaya kepada masyarakat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.