COVID-19: Malaysia Catat Kes Harian Pada Dua Angka Lima Hari Berturut-turut

PUTRAJAYA, 21 April – Sebanyak 57 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, sekali gus menyaksikan bilangan jangkitan wabak itu kekal pada paras dua angka selama lima hari berturut-turut di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes harian itu menjadikan jumlah kes kumulatif kini sebanyak 5,482 manakala seramai 54 pesakit telah […]

» Read more

Pasukan Respons Pantas Jelaskan 205 Berita Palsu Sejak 24 Mac

KUALA LUMPUR, 21 April – Pasukan Respons Pantas (PRP) yang memantau berita dan hebahan yang mencurigakan kesahihannya telah menjelaskan 205 berita palsu kepada orang ramai sejak ditubuhkan pada 24 Mac lepas. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata berita palsu yang dijelaskan melibatkan perkara seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan […]

» Read more

COVID-19: Aplikasi MySejahtera Bantu Pengguna Pantau Tahap Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 April – Orang awam kini boleh memantau tahap kesihatan mereka khususnya sepanjang penularan wabak COVID-19 menerusi aplikasi kesihatan MySejahtera. MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan dalam masa sama membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat maklumat awal bagi tindakan lanjut, cepat dan berkesan. Berdasarkan senarai soalan lazim (FAQ) aplikasi itu, pengguna boleh mengetahui klasifikasi kesihatan mereka dengan […]

» Read more

Pasar Borong Kuala Lumpur Ditutup Empat Hari Untuk Sanitasi

PUTRAJAYA, 21 April – Penutupan Pasar Borong Kuala Lumpur selama empat hari bermula hari ini adalah untuk proses sanitasi di kawasan berkenaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata tujuan sanitasi dilakukan di pasar berkenaan adalah bagi memastikan peniaga, pemborong mahupun pelanggan tidak dijangkiti COVID-19 sewaktu melakukan urus niaga di situ. “Tujuan penutupan tersebut bukan […]

» Read more

Tiga Kementerian Bekerjasama Pastikan Malaysia Proaktif Dapatkan Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA, 21 April – Tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan vaksin bagi pandemik COVID-19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerjasama itu bertujuan memastikan Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mendapat akses kepada pembangunan vaksin COVID-19 serta mampu terus mendapatkan […]

» Read more

Kedutaan Somalia Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Malaysia, Barisan Hadapan

KUALA LUMPUR, 21 April – Kedutaan Somalia di Malaysia menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani wabak COVID-19. Menerusi kenyataan kepada Bernama, Dutanya Abukar Abdi Osman berkata kedutaan turut berterima kasih kepada Malaysia atas keperihatinan negara ini dengan menyediakan kemudahan rawatan secara percuma kepada […]

» Read more

Sultan Kelantan Perkenan Peruntukan MAIK Untuk Baginda Di Bulan Ramadan Disalur Kepada Asnaf

KOTA BHARU, 21 April (Bernama) — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan supaya peruntukan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi tujuan program bersama baginda di bulan Ramadan disalurkan untuk membantu golongan asnaf yang kini terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengelola Istana D’Raja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dalam satu kenyataan […]

» Read more

Waktu Operasi Imigresen Di Tambak Johor Dihadkan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 21 April – Waktu operasi Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi berkaitan di Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor akan dihadkan kepada 7 pagi hingga 7 malam mulai Jumaat ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata rakyat Malaysia dari Singapura boleh terus menggunakan pintu masuk ke dalam negara melalui […]

» Read more

Kedutaan Senegal Puji Usaha Kerajaan Malaysia Tangani COVID-19

KUALA LUMPUR, 21 April – Kedutaan Senegal memuji usaha dan mekanisme berterusan Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak pandemik COVID-19, yang menyaksikan ramai pesakit sembuh. Dutanya ke Malaysia Fatou Danielle Diagne berkata pendekatan diambil kementerian itu berjaya menjadikan Malaysia antara negara yang berupaya mengekalkan kadar kematian yang rendah. “Kami memuji inisiatif kerajaan Malaysia untuk meratakan lengkung penularan COVID-19 demi keselamatan dan […]

» Read more

Jangan Patahkan Semangat Ustaz Ebit Lew – Zahida

KUALA LUMPUR, 21 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berpandangan dalam keadaan krisis akibat COVID-19 hari ini, jelas kelihatan banyak pihak tidak kira kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan termasuk orang perseorangan yang prihatin membantu insan kurang bernasib baik. Katanya, setiap bantuan besar mahupun kecil sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka yang terkesan akibat daripada […]

» Read more
1 1,528 1,529 1,530 1,531 1,532 1,944