UMNO Bersama Rakyat, Komited Bantu Terkesan COVID-19 – Ahmad Said

BESUT, 9 Okt – UMNO merealisasikan hasrat terus bersama rakyat sebagaimana UMNO Terengganu sedaya upaya membantu masyarakat yang terjejas kesan daripada penularan pandemik COVID-19 termasuk yang melibatkan sektor pelancongan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Datuk Seri Ahmad Said. Jelas beliau, meskipun UMNO tidak mentadbir kerajaan negeri namun usaha berterusan dalam memberikan bantuan tetap dilaksanakan. “Kita percaya bahawa rakyat […]

» Read more

Antiviral Molnupiravir Harapan Baharu Malaysia, Kerajaan Perlu Beri Penjelasan Lanjut – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia memperoleh harapan baharu dalam usaha membendung sepenuhnya ancaman berbahaya pandemik COVID-19. Ini kerana katanya, kerajaan Malaysia akan membeli ubat antiviral Molnupiravir yang didakwa telah terbukti secara klinikal dapat merawat pesakit COVID-19. Namun begitu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan perlu ada penjelasan […]

» Read more

‘Branding’ Semula UMNO, Mesra Golongan Muda Ke Arah Persiapan PRU-15 – Shahril

BESUT, 8 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan memberi penekanan untuk parti fokus mendekati golongan muda sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut beliau, cara yang terbaik adalah dengan memberikan penjenamaan semula kepada parti melalui cara yang bersesuaian dan mesra kepada golongan terbabit. “Kita berhadapan dengan perubahan besar dalam landskap pengundi terutamanya dalam menguruskan 5.8 […]

» Read more

Kebenaran Rentas Negeri Akan Dikuatkuasakan Serentak Di Seluruh Negara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata kebenaran itu akan dikuatkuasakan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90 peratus dan dijangka diumumkan beliau dalam beberapa hari lagi. “Serentak seluruh negara. Kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi), kita jangka […]

» Read more

HSN Bantu KKM Capai Agenda Nasional Malaysia Sihat – Khairy

PUTRAJAYA, 8 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menjayakan aktiviti bersukan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Menterinya Khairy Jamaluddin yang menerajui aktiviti bersukan itu berkata misi HSN adalah membudayakan sukan dalam kalangan rakyat sebagai satu gaya hidup, yang secara langsung membantu agenda yang diperjuangkan KKM iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Beliau […]

» Read more

Skuad Keluarga Malaysia Selaraskan Semua Mekanisme Bantuan Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Skuad Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berfungsi untuk menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat memerlukan di seluruh negara, di bawah satu jentera. Ismail Sabri berkata Skuad Keluarga Malaysia akan diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kolaborasi pelbagai agensi di […]

» Read more

Melaka: Kerajaan Buat Keputusan Minggu Depan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan difahamkan Sultan Nazrin Shah akan menerima taklimat daripada beberapa pihak sebelum […]

» Read more

Keluarga Malaysia Tekad Baharu Bebaskan Negara Daripada COVID-19, Pulihkan Ekonomi – Annuar

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Prapelancaran Keluarga Malaysia menandakan tekad baharu untuk membebaskan negara daripada belenggu COVID-19 serta memulihkan ekonomi Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Menerusi ucapan alu-aluannya dalam majlis prapelancaran Keluarga Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen petang ini, beliau berkata tiga […]

» Read more

Surat Nasihat Bubar DUN Melaka Dihantar Ketika Masih Ketua Menteri – Sulaiman

MELAKA, 8 Okt – Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata surat nasihat bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dilakukan ketika beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri. Beliau berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa surat nasihat pembubaran DUN tidak mengikut lunas undang-undang adalah tidak benar memandangkan ia dibuat mengikut peraturan […]

» Read more

Pertimbang Penangguhan PRN Melaka – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Keputusan sama ada PRN Melaka harus diadakan atau ditangguhkan haruslah dipertimbangkan dengan sebaiknya oleh pihak Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya, kata Datuk Seri Mohamad Hasan. Ujarnya, pembubaran Dewan Undangan Melaka memaksa satu pilihan raya negeri perlu di adakan dalam masa 60 hari sedangkan ramai yang gusar ia akan mencetuskan satu lagi gelombang kejangkitan Covid 19 […]

» Read more
1 1,503 1,504 1,505 1,506 1,507 2,272