Hasni Seru Adun Terima Nasihat Sultan Johor Ganding Bahu Bantu Rakyat Berhadapan Covid-19

ISKANDAR PUTERI, 14 Mei – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor diseru menerima nasihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya berganding bahu membantu rakyat yang sedang susah berhadapan dengan wabak COVID-19. Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata sebagai wakil rakyat, para ADUN Johor diharap akan dapat menterjemahkan virus perpecahan yang disifatkan sebagai lebih serius berbanding COVID-19, […]

» Read more

Sultan Ibrahim Titah Adun Johor Ganding Bahu Bantu Rakyat Depani Covid-19

ISKANDAR PUTERI, 14 Mei – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor supaya berganding bahu untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan berhadapan dengan wabak COVID-19. Titah baginda lagi, sekarang bukan masa untuk para ADUN bertegang urat dan bertikam lidah bagi mencari pengaruh politik atau kepentingan peribadi kerana tindakan sebegitu […]

» Read more

Perak Benar Solat Jumaat, Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Dan Surau

IPOH, 14 Mei – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid dan surau diri Jumaat bermula esok selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata baginda turut memberi perkenan untuk solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau […]

» Read more

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini Hanya Bagi Urusan Titah Diraja

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Sidang Dewan Rakyat pada Isnin ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata beliau telah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis bahawa pihak kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, […]

» Read more

Pasukan Pematuhan Pantau Pusat Membeli-Belah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 13 Mei – Pasukan Petugas Operasi Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digerakkan dengan lebih kerap di pusat membeli-belah dan pasar raya yang mengadakan jualan murah atau promosi tertentu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP yang mungkin menyebabkan jangkitan COVID-19 berlaku semasa […]

» Read more

Aktiviti Ziarah Dibenarkan Bagi Hari Pertama Perayaan Sahaja – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 13 Mei – Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan untuk menghadkan aktiviti ziarah pada Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai untuk hari pertama perayaan sahaja susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti ziarah itu hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak boleh melebihi 20 orang […]

» Read more

KDNK Suku Pertama 2020 Malaysia Berkembang Sederhana Susulan COVID-19, PKP

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih sederhana iaitu 0.7 peratus bagi suku pertama 2020 berbanding dengan 4.5 peratus semasa suku yang sama tahun lepas, susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah terjejas berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bank Negara Malaysia (BNM) berkata selepas mencatatkan pengembangan stabil pada dua bulan pertama […]

» Read more

Parlimen: Persiapan Rapi Pastikan Persidangan 18 Mei Ikut SOP

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Persiapan rapi bagi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Isnin lancar dan bebas COVID-19 giat dilakukan oleh pihak Pengurusan Parlimen dengan bantuan pelbagai agensi berkaitan. Enggan mengambil mudah dan tidak mahu menanggung sebarang risiko penularan wabak itu, Pengurusan Parlimen mengambil tindakan sewajarnya untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) walaupun […]

» Read more

15 Mei Tarikh Akhir Permohonan Geran Khas Prihatin

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) ialah pada 15 Mei 2020. Sehubungan itu, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9.30 Pagi, 13 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini. 1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan bahawa pihaknya membenarkan penganjuran bazar Ramadan susulan tularnya sebuah video yang memaparkan kesesakan orang awam membeli juadah berbuka puasa di […]

» Read more
1 1,500 1,501 1,502 1,503 1,504 1,932