15 Mei Tarikh Akhir Permohonan Geran Khas Prihatin

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) ialah pada 15 Mei 2020.

Sehubungan itu, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

LHDNM akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei 2020 dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama bulan Jun 2020.

Bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka akan dibuat pada hujung bulan Jun 2020.

PKS mikro boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) GKP yang dimuatnaik pada portal rasmi GKP untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas seperti berikut:

Soalan Lazim GKP

Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan GKP juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara),

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 13 Mei 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my –BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.