COVID : Lebih 12 Juta Populasi Dewasa Terima Dos Penggalak

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Sebanyak 12,022,117 individu dewasa atau 51.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,925,383 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,227 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos […]

» Read more

COVID: Kes Baharu Kembali Lepasi Angka 5,000 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara kembali mencatatkan angka melepasi 5,000 apabila merekodkan 5,566 kes hari ini berbanding 4,774 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif 2,876,324 kes setakat 12 tengah hari tadi. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 51 kes adalah kategori tiga, empat dan lima […]

» Read more

Perjuangkan Silat Olahraga Dipertandingkan Di Olimpik – Sharkar

TEMERLOH, 1 Feb – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) perlu mengorak langkah memperjuangkan silat olahraga dipertandingkan di peringkat sukan Olimpik akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, silat olahraga setanding karate, judo dan taekwando yang terlebih dahulu dipertandingan dalam sukan olahraga di kejohanan berprestij dunia itu. Beliau berkata, sebelum […]

» Read more

Malaysia Lebih Bersedia Hadapi Lonjakan Kes Omicron – Khairy

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Dalam tweetnya hari ini, Khairy berkata keadaan tidak sama seperti Jun hingga September tahun lepas kerana kini, negara lebih bersedia susulan pelaksanaan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Lebih sebulan lepas, […]

» Read more

Ismail Sabri Ucap Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022, yang disambut hari ini. Menerusi catatan di Facebook beliau berkata Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan negara, tetapi merupakan wilayah yang indah, unik dengan kepelbagaian serta menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. “Malah pada hari ini juga genap usia Kuala Lumpur […]

» Read more

Malaysia Pada Landasan Tepat Pulih Ekonomi, PM Ismail Sabri Ajak Rakyat Sokong Usaha Kerajaan

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap sempena sambutan Tahun Harimau tahun ini, segala usaha kerajaan untuk memastikan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan sehingga ke tahun-tahun seterusnya. Beliau juga mengajak semua untuk terus bersatu hati menyokong usaha kerajaan dalam memulih dan menstrukturkan semula ekonomi negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya. […]

» Read more

Tiga Pusat Internet Desa Di Pahang Selesai Dinaik Taraf Kepada PEDi Suku Pertama Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Tiga Pusat Internet Desa (PID) di Pahang akan selesai dinaik taraf kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini, Annuar berkata tiga PID terlibat adalah di Bukit Goh, Kuantan; Sungai Koyan, Lipis dan Felda Bukit […]

» Read more

Mangsa Ribut Dan Puting Beliung Terima Bantuan Tunai RM1,300 – MB Perak

IPOH, 31 Jan – Mangsa kejadian angin ribut dan puting beliung yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana yang melanda beberapa kawasan di sini petang semalam akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri […]

» Read more

PH Tak Letakkan Rakyat Sebagai Keutamaan … Lihat Saja Selangor – Nadzim Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Ampang, Mohamad Nadzim Ibrahim berkata kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) ternyata gagal mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya, malah rakyat tidak menjadi keutamaan.  Ini kerana katanya disebabkan kurangnya kepimpinan dan tidak tahu mentadbir maka PH tidak meletakkan keutamaan untuk rakyat. “Ketika PH berada di Kerajaan Pusat dan negeri mereka […]

» Read more

PRN Johor: Muhyiddin Dicabar Jadi ‘Poster Boy’ Guna Slogan ‘Abah Sayang Johor’

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi poster boy pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak. Katanya, ini kerana PN melakukan strategi tersebut di Melaka meskipun keputusan PRN tidak menyebelahi mereka. “Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal […]

» Read more
1 … 1,498 1,499 1,500 1,501 1,502 … 2,363