PRN Sabah: Rundingan Agihan Kerusi UMNO-BERSATU Perlu Disegerakan – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 2 Ogos – Isu pengagihan kerusi antara UMNO Sabah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah perlu diselesaikan segera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata rundingan antara kedua-dua parti itu perlu diselesaikan segera bagi membolehkan jentera pilihan raya parti masing-masing bersiap sedia menghadapi saingan dalam perebutan 73 kerusi […]

» Read more

Jangan Politikkan Tulisan Jawi -Sharkar

KUANTAN, 2 Ogos – Hentilah mempolitikkan tulisan Jawi, tegas Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, tidak perlulah kaum lain menganggap bahawa tulisan Jawi sebagai proses Islamisasi seperti mana yang didakwa oleh sebahagian pihak. “Tulisan Jawi bukan isu agama, tetapi isu ini berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Kita pula […]

» Read more

PN : UMNO Nyatakan Pendirian Dalam Dua Siri Mesyuarat Induk Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan akar umbi yang tidak mahu UMNO menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Menurut beliau perkara berkenaan dibawa dalam dua mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN). Tegas beliau […]

» Read more

PRN Sabah : PPBM 45 Kerusi? Dua Perkataan… Jangan Mimpi! – Shahril

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yakin Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bijak mengurus landskap terbaru di negeri berkenaan. Sudah pasti katanya keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah di samping memperjuang maruah UMNO negeri itu yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah […]

» Read more

73 Kerusi Dipertandingkan Pada PRN Sabah – SPR

KOTA KINABALU, 1 Ogos – Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi. Perkara itu disahkan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah Rohiman Rahia ketika dihubungi Bernama hari ini. “Sebanyak 73 kerusi akan dipertandingkan,” katanya ringkas. Pada Pilihan Raya Umum ke-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan, namun pada […]

» Read more

Ketua Menteri Tiada Kuasa Bubar DUN Sabah – Annuar

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Jelas beliau, Shafie hanya mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk membubarkan institusi itu. “Datuk Seri Mohd Shafie tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan, dia hanya […]

» Read more

PKPP: Polis Pantau Pematuhan SOP Semasa Aidiladha

PUTRAJAYA, 30 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa perayaan Aidiladha yang disambut umat Islam esok. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantauan bukan sahaja akan dibuat di masjid, surau dan kawasan penyembelihan tetapi juga di rumah-rumah. “PDRM akan berada di setiap kampung untuk memantau pematuhan SOP termasuk di […]

» Read more

Golongan Hidap Gejala Pernafasan Disaran Guna Pelitup Muka Perubatan

PUTRAJAYA, 30 Julai – Kementerian Kesihatan menyarankan golongan yang menghidap atau mengalami gejala pernafasan memakai pelitup muka perubatan atau “three ply surgical mask” sebagai langkah pencegahan terhadap jangkitan COVID-19. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan penghidap kencing manis serta darah tinggi juga disaran menggunakan pelitup muka jenis sama, khususnya ketika berada di […]

» Read more

Hishammuddin Selar Setiausaha Luar Filipina Berhubung “Tweet” Kontroversi

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr berhubung hantaran Twitter “Sabah is not in Malaysia” baru-baru ini. Beliau menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara. Sehubungan itu, Hishammuddin dalam hantaran menerusi Twitternya semalam mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta […]

» Read more

KeTSA Perkukuh Pelaksanaan Kempen Selamatkan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan terus memperkukuhkan pelaksanaan Kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi meningkatkan penglibatan semua pihak dalam menyokong usaha kerajaan untuk melindungi spesies terancam itu. Menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyeru supaya semua pihak berganding bahu dan terus berusaha untuk melindungi dan memulihara Harimau Malaya yang merupakan khazanah negara yang tidak […]

» Read more
1 1,473 1,474 1,475 1,476 1,477 1,959