NADMA, Agensi Penyelamat Dikerah Bantu Pindahkan Mangsa Banjir – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi penyelamat telah dikerah bagi kerja-kerja memindahkan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan sejak semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) juga sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas bagi memastikan proses pemindahan mangsa berjalan lancar. “Angkatan Tentera […]

» Read more

BN Tawar Kestabilan… PH, PN Politik Lapuk Masih Meratib ‘Najib… Zahid’ – Armand

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menegaskan bahawa pihak lawan iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti lawan yang lain masih berkempen cara politik lama berbanding dengan Barisan Nasional (BN) menawarkan kestabilan. Katanya, dalam kepimpinan pihak lawan tidak ada seorang pun yang bercerita soal kemajuan atau pembangunan negeri Johor […]

» Read more

BKSA Laksana Projek Restorasi Hutan Di Empangan Durian Tunggal – Sulaiman

ALOR GAJAH, 27 Feb – Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka giat melaksanakan projek restorasi hutan di 11 tapak bekas pencerobohan haram di sekitar Empangan Durian Tunggal yang telah dibersihkan membabitkan kawasan seluas 23.24 hektar. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata antara langkah diambil termasuk menjalankan kerja-kerja mematikan pokok kelapa sawit di sekitar empangan itu bagi melindungi […]

» Read more

PRN Johor: BN Tetap Kerja Keras Pastikan Kemenangan – Najib

JOHOR BAHRU, 27 Feb – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun lebih ramai calon bertanding dilihat memberi kelebihan kepada BN tetapi baginya parti itu masih perlu bekerja keras untuk menang. “‘The More The Merrier’… kita rasa lebih ramai calon kemungkinan lebih baik peluang untuk BN, tetapi kita tidak boleh merasakan terlalu optimis. Kita mesti […]

» Read more

ATM Digerak Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan tiga pasukan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Hishammuddin dalam hantaran di laman Twitter beliau memaklumkan Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dikerah ke Rantau Panjang, Kelantan manakala Batalion ke-16 RAMD dan Rejimen Kelima Artileri Diraja (RAD) […]

» Read more

PRN Johor: BN Beri Tawaran Terbaik Demi Kestabilan Masa Depan – Ahmad Zahid

AYER HITAM, 27 Feb – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin tawaran baharu yang akan dibuat parti dapat menarik semua golongan pengundi di negeri Johor. Menurutnya, dalam ikhtiar atau aku janji yang BN akan lancarkan nanti mengandungi beberapa elemen untuk semua pengundi. “Terutamanya elemen untuk memberikan harapan dan hidangan sesuatu yang baharu kepada pengundi yang […]

» Read more

Kemenangan Atas Tiket Fitnah Tidak Akan Kekal Selamanya – Bung Moktar

PASIR GUDANG, 27 Feb – Parti yang menang atas tiket penipuan tidak akan selamanya berupaya memimpin negara ini dengan sebaiknya, kata Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Jelas beliau lagi, rakyat dapat melihat situasi tersebut dan dapat menjadikan sebagai penanda aras untuk menilai parti yang benar-benar komited dalam membawa agenda perjuangan. “Rakyat pernah bersama Barisan Nasional (BN) namun […]

» Read more

Lawatan Rasmi PM Buka Lembaran Baharu Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

BANGKOK, 27 Feb – Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pertama ke Thailand membuka lembaran baharu kepada hubungan dua hala dan menjalin kerjasama strategik yang lebih kukuh antara Putrajaya dengan Bangkok. Lawatan julung kalinya ke Thailand selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos tahun lepas itu dilihat bakal membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Sebagai […]

» Read more

Dewan Rakyat Bermula Isnin, Pengganti Azalina Akan Dipilih

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 pada Isnin, yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Usaha pemulihan negara menuju fasa endemik selain fokus kestabilan politik menerusi hasrat kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti, dijangka antara tumpuan […]

» Read more

BN Mangsa Kempen ‘Mind Setting’ Buruk PH, Rakyat Jangan Tertipu Lagi – Mahdzir

  PONTIAN, 26 Feb. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa kempen ‘mind setting’ dan sentimen buruk oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kempen memainkan sentimen memburukkan UMNO dan BN itu telah meracuni fikiran rakyat hinggakan mereka terpedaya.“Kempen ‘mind setting’ dan sentimen buruk selama 18 bulan oleh […]

» Read more
1 … 1,475 1,476 1,477 1,478 1,479 … 2,363