PRN Sabah : PPBM 45 Kerusi? Dua Perkataan… Jangan Mimpi! – Shahril

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yakin Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bijak mengurus landskap terbaru di negeri berkenaan.

Sudah pasti katanya keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah di samping memperjuang maruah UMNO negeri itu yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu.

“Untuk PPBM Sabah…dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tidak terhad ke Sabah sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Berikut kenyataan penuh :

PRN SABAH: PPBM 45 KERUSI?

Oleh: Shahril Hamdan

Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak.

Dua perkataan: Jangan Mimpi.

Cadangan kepada PPBM Sabah: Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45/73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan.

Bandingkan dengan kenyataan SUA BN, Tan Sri Annuar Musa (lampiran). Sudah tentu UMNO ada cita-citanya berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, tetapi cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan.

Saya yakin Dato’ Sri Bung Moktar dan pasukan UMNO Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini. Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah UMNO Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu.

Untuk PPBM Sabah: dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tidak terhad ke Sabah sahaja. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.