DBKL Rancang Bina Lebih 1,000 Rumah Transit

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang untuk membina lebih 1,000 unit rumah transit khusus buat golongan belia dan pasangan muda baru berkahwin sebagai rumah sementara mereka sebelum memiliki kediaman sendiri. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata projek yang dianggarkan bernilai RM200 juta itu akan dibangunkan di atas tanah milik DBKL di […]

» Read more

Tumbangkan Warisan Plus Termasuk PKR, Angkat BN Jadi Kerajaan – Bekas Pemimpin PKR

KALABAKAN, 25 Sept. – Rakyat Sabah perlu ‘Ubah Balik’ setelah melakukan kesilapan dua tahun setengah yang lalu dengan menyokong Parti Warisan sebagai kerajaan, maka Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah masa paling sesuai perbetulkan kembali keadaan, tegas bekas pemimpin PKR, Dr Md Amir Pawennari. Beliau yang merupakan Ketua Cabang PKR Kalabakan selama dua penggal sejak 2014 adalah antara mangsa apabila […]

» Read more

Pakej Rangsangan Ekonomi Dijangka Menyumbang 3.7-4.0 Peratus Kepada KDNK 2020 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Pakej-pakej rangsangan ekonomi termasuk Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lepas, dijangka memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara bagi suku keempat 2020. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pakej-pakej yang diumumkan kerajaan […]

» Read more

Polis Sabah Minta Pengundi Keluar Undi Esok Tanpa Sebarang Keraguan

KOTA KINABALU, 25 Sept – Polis memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan berjalan lancar esok tanpa sebarang gangguan dan meminta orang ramai keluar mengundi tanpa sebarang keraguan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang membuat provokasi dan kekecohan dalam pilihan raya itu. “Esok kita juga akan lakukan beberapa sekatan […]

» Read more

PRN Sabah: SPR Jamin Tiada Pengundi Hantu

KOTA KINABALU, 25 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tiada pengundi hantu pada pengundian Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah esok. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kesemua data pemilih yang didaftarkan pihaknya diperoleh dari Jabatan Pendataran Negara (JPN). “Maknanya mereka terdiri dari warga Malaysia, jadi tidak timbul ada pengundi halimunan dan sebagainya, data kita adalah data rasmi […]

» Read more

Kementerian Komited Bina 100 Buah Rumah Mangsa Kebakaran, Kelulusan Tapak Kuasa Kerajaan Negeri – Rahman

LIBARAN, 25 Sept – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kementeriannya telah bersetuju untuk membina 100 buah rumah bagi mangsa kebakaran di Kampung Gas yang telah dua tahun menetap dalam kontena. Namun jelas beliau, permasalahan yang timbul adalah di mana mahu dibina perumahan tersebut kerana kebenaran harus diperolehi daripada kerajaan negeri dan sekiranya Warisan masih […]

» Read more

Hentikan Spekulasi, Saya Tak Terlibat… Kerajaan Baharu Hanya Angan-angan Anwar – Ku Nan

  KUALA LUMPUR, 25 Sept – Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan sama sekali tidak menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan sebelum ini. Katanya, ini hanyalah angan-angan Anwar dan berharap agar tidak ada pihak yang […]

» Read more

BN Terus Dapat Sokongan, Misi Tukar ‘Sabah Ubah’ Kepada ‘Ubah Balik’

TAWAU, 25 Sept. – Dalam meniti hari-hari terakhir berkempen menjelangnya hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini, Barisan Nasional (BN) terus mendapat sokongan dari rakyat khususnya pengundi yang mahukan ‘Sabah Ubah’ menjadi ‘Ubah Balik’. Hal ini dirasai oleh calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Hamild @Hamid Awang yang terus bersemangat dengan merancakkan aktiviti kempennya dalam suana terus […]

» Read more

Sindrom September: MP UMNO Nafi Sokong Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian. Mahdzir menafikan perkara tersebut menerusi status yang dimuat naik di laman sosial facebooknya, hari ini. Selain […]

» Read more

Shahelmey Calon BN Tanjung Keramat Fokus Pendidikan, Perkasa Teknologi Kemahiran Belia

KOTA KINABALU, 24 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) Ir Shahelmey Yahya mahu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendidikan dan memperkasakan kemahiran teknologi golongan belia jika diberi mandat menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat. Jurutera awam berusia 47 tahun itu berkata beliau mahu mengoptimumkan sumber manusia berdasarkan ilmu pengetahuan dalam kalangan belia yang merupakan 58.42 […]

» Read more
1 1,415 1,416 1,417 1,418 1,419 1,945