Tuntutan Syarat Lulus Belanjawan 2021 Hangatkan Minggu Kedua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Minggu kedua persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 adalah minggu bermulanya perbahasan Belanjawan 2021 yang menyaksikan beberapa tuntutan dibuat blok penyokong kerajaan dan pembangkang sebagai syarat belanjawan itu disokong dan diluluskan. Perbahasan yang dimulai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada Isnin menegaskan Belanjawan 2021 hanya akan disokong jika ia benar-benar belanjawan […]

» Read more

Keputusan Muktamad Benarkan DCA Bukan Bidang Kuasa Kementerian Luar

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Memuktamadkan keputusan membenarkan pelaksanaan skim ketiga pembukaan sempadan Malaysia-Singapura iaitu ‘Daily Commuting Arrangement’ atau DCA bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri. Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan berhubung perkata itu hanya boleh diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Kesihatan (KKM). ‘’Memandangkan Kerajaan Negeri Johor menyatakan mereka […]

» Read more

KWP Beri Jaminan Kebebasan Berniaga Terkawal, Dipantau PBT

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan memastikan inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula Ahad ini di ketiga-tiga wilayahnya, dilaksanakan dalam keadaan terkawal di bawah pemantauan pihak berkuasa tempatan masing-masing. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan memastikan peniaga terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan tidak menyumbang kepada masalah kesesakan dan kebersihan di […]

» Read more

Moratorium & KWSP: BN Konsisten Perjuangkan Dari Sebelum Pembentangan Bajet 2021

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata pendirian parti bahawa pentingnya kerajaan mengambil pendekatan moratorium untuk dilanjutkan secara keseluruhan dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 merupakan perkara yang telah diperjuangkan sebelum dari pembentangan Belanjawan 2021 lagi. Menurut beliau ramai yang memperkatakan isu berkenaan malah ada yang bertanya kenapa kepimpinan […]

» Read more

PKPD Di Tiga Lokaliti Di Kudat, Sabah Dilanjutkan Sehingga 26 Nov – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Kudat, Sabah yang berakhir hari ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 26 Nov ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga lokasi itu ialah Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapur dan Kampung Landung Ayang. Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira nasihat dan […]

» Read more

Dewan Rakyat Kecoh Lagi Isu ‘Kp Kesihatan Takut Mati’, MP Kepong Digantung Lima Hari

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kecoh lagi, itu yang boleh digambarkan mengenai persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila isu kenyataan kontroversi terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menghangatkan dewan semalam, dibangkitkan semula hari ini. Drama yang menyaksikan pertikaman lidah antara Ahli Parlimen pembangkang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun itu turut membawa […]

» Read more

Pembiayaan Bernilai RM965.5 Juta Di Bawah Pembiayaan PKS Penjana Telah Diluluskan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kerajaan, yang memperuntukkan RM2 bilion untuk skim Pembiayaan PKS PENJANA, telah meluluskan pembiayaan bernilai RM965.5 juta sehingga 30 Okt dengan keutamaan diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang belum pernah mendapat pinjaman bank sebelum ini. kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata untuk program kedua, pembiayaan sektor pelancongan, menyaksikan 441 PKS […]

» Read more

Maklumat Berterusan Elak Stigma Masyarakat Terhadap Pesakit COVID-19 – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memberikan maklumat secara berterusan kepada masyarakat bagi mengatasi stigma terhadap pesakit atau bekas pesakit COVID-19 dan keluarga yang boleh menggugat kesejahteraan emosi mereka. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata antara usaha yang dijalankan ialah slot penerangan di televisyen, radio serta video tentang maklumat penyebaran virus COVID-19 dan risiko jangkitan […]

» Read more

Usaha KKM Hapus Stigma Bekas Pesakit COVID-19 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Usaha yang telah dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menghapuskan stigma terhadap bekas pesakit COVID-19 serta impak jangka panjang stigma itu pada emosi individu terbabit, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang dipaparkan dalam laman rasmi Parlimen, perkara berkenaan terkandung dalam soalan pertama Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada […]

» Read more

Pahang Kutip Hasil RM680.74 Juta Setakat 30 Okt

KUANTAN, 12 Nov – Kerajaan Pahang berjaya mengutip hasil RM680.74 juta setakat 30 Okt lepas, yakni 91.49 peratus daripada sasaran RM744.02 juta yang ditetapkan pada pembentangan Belanjawan 2020 negeri tahun lepas. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keadaan kewangan yang kukuh membolehkan Pahang memulangkan semula kepada rakyat bukan hanya dalam bentuk projek pembangunan, tetapi juga menerusi pemberian […]

» Read more
1 1,394 1,395 1,396 1,397 1,398 1,951