Menteri Adakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Negara Bincang Pengukuhan Operasi

PUTRAJAYA, 2 Dis – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Zoo Negara pada hari Khamis ini untuk membincangkan mekanisme pengukuhan operasi Zoo Negara. Shamsul Anuar dalam kenyataan hari ini berkata perbincangan itu akan meliputi aspek tadbir urus supaya Zoo Negara lebih berdaya maju dan pada masa yang sama memastikan kebajikan […]

» Read more

Kerajaan Sedia Empat Entiti Bertujuan Khas Tingkatkan Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Kerajaan telah menyediakan empat entiti bertujuan khas untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup. Beliau berkata empat entiti itu ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB). “Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera […]

» Read more

PKPB: Laksana Situasi Menang-Menang Untuk Pulih Sektor Ekonomi, Pelancongan – Sharkar

KUANTAN, 2 Dis – Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan adalah sewajarnya kerajaan hanya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan merah dan kuning sahaja. Katanya, ini amat penting bagi merancakkan kembali ekonomi negara dan memulihkan kembali sektor pelancongan. “Sektor pelancongan perlu dipulihkan segera kerana ramai pemain industri ini […]

» Read more

Kerajaan Pahang Miliki Makmal Analisis Pertanian Pertama Bernilai RM1.2 Juta

KUANTAN, 1 Dis – Kerajaan Pahang menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) kini memiliki makmal analisis pertanian termasuk bagi tanaman kelapa sawit yang pertama bernilai RM1.2 juta, bagi menjalankan kajian untuk meningkatkan hasil komoditi tersebut. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata makmal yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat itu telah mula beroperasi pada 1 Nov […]

» Read more

311 Individu Ditahan Kerana Ingkar Arahan PKP

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Seramai 311 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 306 daripadanya dikompaun manakala lima individu direman. “Antara kesalahan ialah tidak memakai pelitup muka (97), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (75), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (69), rentas negeri/daerah PKP […]

» Read more

Tingkatkan Kemudahan Jalur Lebar Hadapi Norma Baharu Pendidikan – ADUN Palong

SEREMBAN, 1 Dis – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan hari ini mencadangkan supaya kerajaan negeri menaik taraf kemudahan jalur lebar di negeri ini terutama dalam menghadapi norma baharu pendidikan susulan pandemik COVID-19. Mustapha Nagoor (BN-Palong) berkata bidang pendidikan memerlukan capaian Internet yang baik untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian dengan lancar selain sektor perniagaan […]

» Read more

Perkukuh Kerjasama Sasar Sifar HIV/Aids Menjelang 2030 – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru semua pihak bersama menggembleng tenaga dan memperkukuh kerjasama pintar bersama kerajaan, sebagai usaha memastikan matlamat sasaran sifar HIV/AIDS menjelang 2030, dapat direalisasikan. Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata menerusi kerjasama itu aktiviti pencegahan, kawalan, rawatan serta jagaan pesakit HIV/AIDS akan dapat diperkasakan sekali gus mampu menangani kes penyakit terbabit […]

» Read more

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah RM436.5 Bilion Setakat Akhir Sept 2020: Kem. Kewangan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM436.5 bilion atau US$105 bilion setakat 30 Sept, 2020 mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, rizab negara telah menunjukkan peningkatan sebanyak US$1.4 bilion berbanding US$103.6 bilion pada akhir 2019. “Rizab antarabangsa digunakan […]

» Read more

Dewan Rakyat: Amaran Kebakaran, Semua Diarah Keluar Dewan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Sidang Dewan Rakyat ditempohkan sementara selepas penggera kebakaran berbunyi. Kejadian berlaku pada 10.15 pagi ketika Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim menjawab soalan pada sesi soal jawab lisan di sini pagi ini. Ekoran itu kesemua yang berada di bangunan Parlimen termasuk Ahli Parlimen dan pegawai diarahkan keluar Dewan dan berkumpul di tempat […]

» Read more

Dewan Rakyat Sentuh Krisis Jiwa Dan Mental Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Krisis jiwa dan mental yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat yang tertekan kerana kehilangan pendapatan, berjauhan daripada keluarga dan kegelisahan kesan pandemik COVID-19, adalah antara isu dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) kepada Menteri Pembangunan […]

» Read more
1 1,383 1,384 1,385 1,386 1,387 1,952