Dewan Rakyat: Amaran Kebakaran, Semua Diarah Keluar Dewan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Sidang Dewan Rakyat ditempohkan sementara selepas penggera kebakaran berbunyi.

Kejadian berlaku pada 10.15 pagi ketika Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim menjawab soalan pada sesi soal jawab lisan di sini pagi ini.

Ekoran itu kesemua yang berada di bangunan Parlimen termasuk Ahli Parlimen dan pegawai diarahkan keluar Dewan dan berkumpul di tempat berkumpul sewaktu kecemasan di bangunan Parlimen.

Sementara itu, ketika menyambug semula persidangan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata terdapat sedikit masalah teknikal dan perkara itu sedang disiasat. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.