Kategori Taraf Kehidupan Rakyat Perlu Diubahsuai Berdasarkan Keperluan Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan berpandangan kategori-kategori taraf kehidupan rakyat iaitu B40, M40 dan T20 harus diubahsuai untuk mencerminkan realiti kehidupan semasa. Katanya, bancian sara hidup yang digunapakai telah lapuk memandangkan kos sara hidup telah banyak berbeza sejak kebelakangan ini dengan harga barangan keperluan mencanak naik sejak awal tahun ini malahan […]

» Read more

Pakej Rangsangan Ekonomi 3.0 Bagi Rakyat Johor Diumum Minggu Depan – Hasni

ISKANDAR PUTERI, 1 Jun – Kerajaan Negeri Johor akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 kepada rakyat khususnya golongan yang terjejas akibat pelaksanaan sekatan pergerakan penuh pada minggu depan. Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata pakej berkenaan akan memberi fokus kepada dua perkara iaitu pemerkasaan pengurusan pandemik di negeri ini dan juga pengukuhan bantuan keselamatan sosial […]

» Read more

Penumpang MRT Pada 27 Mei Disaran Buat Ujian Saringan COVID-19

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Para penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang pada petang 27 Mei lepas, disaran untuk menjalani ujian saringan COVID-19 susulan seorang penumpang disahkan positif COVID-19. Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memberitahu saranan Rapid KL itu dikeluarkan susulan permohonan maaf dan pengakuan penumpang tren berkenaan bernama Hanim Azman menerusi akaun Twitternya bahawa […]

» Read more

RM12 Juta Untuk Bantuan Bakul Makanan Kepada Orang Asli – Rahman

PUTRAJAYA, 1 Jun – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan RM12 juta bagi menghantar bantuan bakul makanan kepada 60,080 ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli di seluruh negara bermula Sabtu ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Beliau berkata bantuan bekalan makanan asas iaitu beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, serbuk teh, sardin […]

» Read more

Rentas Negeri: Melaka Cadang Wajibkan Lulus Ujian Saringan COVID-19

MELAKA, 1 Jun – Kerajaan negeri Melaka mencadangkan supaya semua individu yang diberi kelulusan untuk merentas negeri diwajibkan lulus ujian saringan COVID-19 sebelum mereka dibenarkan untuk berbuat demikian. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata cadangan tersebut telah dipersetujui oleh beberapa pihak untuk dilaksanakan di seluruh negara, namun tertakluk kepada keputusan teknikal yang akan diputuskan nanti. “Tindakan itu bertujuan […]

» Read more

Kejayaan ‘Lockdown’ Bergantung Kepada Semua Pihak – Armand

KUALA LUMPUR, 1 Jun  – Kini adalah masa yang terbaik untuk kita putuskan rantaian penyebaran COVID-19, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah. Katanya, banyak penambahbaikan dibuat berdasarkan pengalaman ketika ‘lockdown’ 1.0 dahulu. “’Lockdown’ 2.0 kini ianya bergerak seiring dengan memberikan ruang kepada beberapa sektor ekonomi untuk bergerak terutama sektor servis (keperluan). “Kita kena bezakan ‘lockdown’ […]

» Read more

Jayakan ‘Total Lock Down’, Vaksinasi… Usah Tuding-Menuding Antara Satu Sama Lain – Azhari

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata ‘total lockdown’ yang bermula hari ini perlu dijayakan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak termasuklah melicinkan segala bentuk bantuan yang diumumkan untuk kepentingan rakyat. Pada masa yang sama beliau turut berpandangan usaha untuk menjayakan vaksinasi juga perlu digerakkan dengan lebih menyeluruh supaya ianya berjalan lancar sebaiknya. “‘Total lockdown’ […]

» Read more

Sekatan Pergerakan Penuh Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Perhatian! Jika anda keluar rumah untuk membeli barang keperluan hari ini, pastikan pergerakan anda tidak melebihi radius 10 km dari kediaman atau anda akan diarah berpatah balik. Itu antara sekatan yang berkuat kuasa sepanjang tempoh 14 hari sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang bermula hari ini hingga 14 Jun, sebagai langkah untuk melandaikan semula keluk […]

» Read more

Pengumuman ‘Potong’ Gaji Menteri, Timbalan Perlu Disusuli Kerahan Total Jayakan Vaksinasi

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melihat pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin semalam berhubung sumbangan gaji menteri dan timbalan menteri perlu disekalikan dengan langkah susulan yang lain. Menurut beliau memang benar mesej untuk disampaikan adalah kebersamaan dan pengorbanan mereka pada waktu pandemik ini, namun sepatutnya pengumuman itu disekalikan dengan penegasan […]

» Read more

Mohamad berharap Insentif Pemerkasa Tambahan Dilaksanakan Segera Dengan Telus, Amanah Dan Cekap

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar segala insentif Pemerkasa Tambahan yang diumumkan akan segera dilaksanakan tanpa berlengah, dengan telus, amanah dan cekap. Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itum, Pemerkasa Tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi adalah langkah penting yang sangat diperlukan. Ulasnya dalam satu kenyataan […]

» Read more
1 1,284 1,285 1,286 1,287 1,288 1,962