Penumpang MRT Pada 27 Mei Disaran Buat Ujian Saringan COVID-19

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Para penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang pada petang 27 Mei lepas, disaran untuk menjalani ujian saringan COVID-19 susulan seorang penumpang disahkan positif COVID-19.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memberitahu saranan Rapid KL itu dikeluarkan susulan permohonan maaf dan pengakuan penumpang tren berkenaan bernama Hanim Azman menerusi akaun Twitternya bahawa beliau positif COVID-19 ketika menaiki tren MRT pada waktu itu.

“Sesiapa yang menaiki MRT dari stesen Bukit Bintang ke Kajang pada 27 Mei (6.40 petang) dan KTM (Komuter) dari Kajang ke Seremban (7.26 malam), jika anda mengalami gejala COVID-19, diminta membuat ujian saringan segera kerana ujian calitan saya adalah positif. Saya mohon maaf,” kata wanita itu dalam akaun Twitternya. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.